15 March 2015

Sup Tulang

Happy Sunday!!

Pagi tadi kelas tambahan and another round of latihan Qasidah.
Now kene detention dekat kedai Kak Seha n Kak Nina
Kene buat translation lagi..
ayoo!!
Tapi takpe lah, itu yang mampu dibantu.
lain-lain tak sempat dah.
InsyaAllah
:)




Cerita semalam lagi.
asal plan nya, kawan mama n abah nak datang petang, tapi tak jadi. diorang datang after magrib
so tukar plan minum petang jadi makan malam.
takkan la nk hidang bubur manis je.
pagi tu abah ada belikan tulang,
on the spot pukul 7 mama cakap, suruh buat suap tulang.
on aje la. sebab nasib baik ada pressure cooker noxxa tu.
kalau tak memang mustahil la nak siapkan sup tulang dalam masa 30 minit

Recipe

2kg tulang lembu
4 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
seketul besar halia
1 sudu lada hitam biji
2 batang celery
5 biji cili padi
sepekat kecil rempah kurma adabi
3 ketul sup bunjut
rempah 4 beradik serba sedikit
1-2 sudu besar serbuk lada hitam
garam,dan perencah hilal secukup rasa
boleh juga tambah sedikit gula pelengkap rasa.
ubi kentang 8 biji.



kaedah:
1. blend bawang, bawang putih dan halia
2. tumis rempah 4 beradik dan lada hitam dan dan bahan yang blend tu.
3. dah pecah minyak, masukkan garam, rempah, segala perasa yang ada.
4. masukkan tulang dan batang celery dan gaul rata.
5. masukkan air secukupnya (jangan terlalu banyak air.kemudian nanti kalau pekat boleh tambah lagi. gaul dan tambah semua bahan lain kecuali kentang.
6.masak sampai agak empuk,( bukannya tulang yang empuk tapi isi yang lekat pada tulang la)
7. then masukkan ubi kentang. sampai ubi kentang empuk
8. siap hidang dengan sambal kicap dan tabur bawang goreng n daun sup.( tu sambal kicap hantu. setitik dah cukup buat orang berpeluh)

p/s: untuk pressure cooker noxxa, mula-mula tumis guna function stir fry sampai masuk air dan perasa semua tu, dah masuk semua bahan kecuali kentang, tutup dan guna function high pressure set selama 17 minit. lepas release stem tu, masuk kentang dan set high pressure sekali lagi selama 6 minit, n done.

tu yang jadi sempat masak dalam masa setengah jam tu.

sambal kicap:
15 ketul cili padi, goreng bersama sedikit minyak, sampai keluar bau pedas dia tu.
masuk dalam blender, tambah kicap, gula dan bawang goreng.
letak dalam bekas baru perah limau kasturi.
done.

p/s p/s : YB puji kata sup sedap. hehehehe.

No comments: