2 March 2015

Amanah pada penuntut! Cerita aku dan kamu

Cara mata itu memandang, seolah ada sesuatu yang ingin disampaikan. Redup dan terus menunduk.
“Kenapa perlu tundukkan kepala, pandang aku dan sampaikan apa hasrat-mu”
“sebenarnya aku tak ada duit untuk membayar buku ini.”
“Habis tu, kenapa perlu malu? Yang perlu malu bukan kamu, tapi mereka yang punya segalanya tapi memandang buku seolah tiada nilai. Sanggup beribu dihabiskan demi mengejar gaya dan trend. Sedang yang menjadi harta dunia dan akhirat itu ilmu dan amal. Dari ilmu dan amal itu lahirnya budi.”
“aku sayang pada ilmu dan buku, namun aku rasa dunia tidak adil, mereka yang malas itu punya segalanya, sedang aku x punya apa-apa. Pada apa harusku pautkan harapan kecil itu terus bercinta pada jalan ilmu ini.”
“Kau punya Tuhan sayang, dan Tuhan hantar aku pada kamu. Walau punya aku itu tidak banyak, InsyaALLAH akan ku kongsi walau sedikit.”
“aku malu pada kamu! Kau sering beri apa sahaja untuk aku, mahu kecil atau besar. Sedang aku, hanya terus menagih dan menumpang”
“Apa maksud kamu? Adakah aku bukan sahabatmu? Apa kamu bukan saudara se-islam ku? Kenapa perlu kau ungkit yang kecil itu, sedangkan kita sama tahu yang sahabat itu anugerah dari Tuhan buat kita. Walau kau tak balas dengan harta untuk yang aku kongsikan, kau tahu yang aku cuma mengharapkan doa mu.”
Tanpa tertahan air mataku jatuh. Sedikit terkilan seolah terlalu murah harga persahabatanku.
“kau untuk aku”
Terdengar suaranya pecah mengungkapkan baris kata itu, aku memandang dan menyambung kata itu,
“aku untuk kau”
Aku Tarik dia dalam pelukanku.
Semoga sahabatku ini terus tabah untuk bercinta pada jalan ilmu ini, semoga kami terus sama-sama dalam perjalanan yang penuh dengan ujian ini. Rezeki kami berbeza, mungkin aku pada kemampuan kewangan dan dia pada kecergasan dalam menuntut ilmu.
Namun yang paling penting terletak pada kesungguhan dan kegigihan.

Aku sayang kamu kerana Allah.

No comments: