28 January 2016

Antara pilihan dan rezeki

Dalam mengatur perjalanan hidup, akan pasti untuk kita berhadapan dengan pilihan-pilihan hidup yang sentiasa menguji diri kita.

Saat membuat pilihan pilihan tersebut, mungkin merupakan saat dimana hubungan kita dengan Allah paling rapat dan pergantungan kita hanya terletak semata-mata pada Tuhan Pemilik hati ini.

Perlu bersyukur andai satu saat dalam hidup kita punya pilihan yang sukar yang buat kita buntu, yang mungkin sebenarnya cara Allah nak panggil kita rapat kembali pada Dia.

"It was We who created man, and We know what dark suggestions his nafs (self) makes to him: for We are nearer to him than (his) jugular vein." Quran 50:16

Sesungguhnya kita ni hamba yang selalu lupa, namun Dia yang Ar-Rahaman Ar-Rahim tak pernah lupakan  kita malah terlalu hampir dengan kita.

2016, pelbagai tanggungjawab baru hadir bersama rezeki yang tak pernah terlintas pun dihati dan akal aku. Semua hanya sekadar angan-angan yang aku tak pernah terlintas untuk aku usahakan, kerana pada aku ianya hanyalah sekadar a far reaching dreams.

Kalau aku pandang benda yang hadir ini sebagai pilihan yang mengganggu perancangan-perancangan yang dah aku atur selama ni, mungkin aku akan depress. Tapi aku cuba untuk memandang tanggungjawab yang hadir ini sebagai rezeki yang Allah hadiahkan untuk aku. Hikmahnya harus aku cari dan fahami.

Macam-macam cara Allah hadirkan jawapan pada persoalan dan permintaan kita, bahkan mungkin dengan sesuatu yang tak pernah kita pinta pun. Alhamdulillah , pandamglah dengan pandangan hikmah, maka kita ada memandang sesuatu dengan pandangan hamba yang bersyukur.

Bersyukur dengan sesuatu yang kita ada bukan merungut dengan sesuatu yang tiada pada kita.

Sesungguhnya, pilihan yang hadir adalah panggilan dari Allah untuk kita bergantung harap pada Dia dan kembali dari kealpaan kita. Dan rezeki atau jawapan hadir walaupun berbeza dari pilihan asal kita ada hadiah dan rancangan Allah untuk kita mencari Hikmahnya


12 January 2016

Hikmah Kembara 1 : Doa dan Kyoto

Hendaklah seorang musafir memperbanyak do’a ketika dalam perjalanan karena do’a seorang musafir adalah salah satu do’a yang mustajab (terkabulkan). Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ لاَ شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَالْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ “Tiga do’a yang tidak diragukan lagi terkabulnya yaitu do’a seorang musafir, do’a orang yang terzholimi, dan do’a orang tua kepada anaknya.”[6]

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Hendaklah seorang musafir memperbanyak do’a ketika dalam perjalanan karena do’a seorang musafir adalah salah satu do’a yang mustajab (terkabulkan). Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ لاَ شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَالْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ “Tiga do’a yang tidak diragukan lagi terkabulnya yaitu do’a seorang musafir, do’a orang yang terzholimi, dan do’a orang tua kepada anaknya.”[6]

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Hendaklah seorang musafir memperbanyak do’a ketika dalam perjalanan karena do’a seorang musafir adalah salah satu do’a yang mustajab (terkabulkan). Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

 Kyoto yang indah mengajar aku satu nilai.


Hendaklah seorang yang bermusafir memperbanyakkan doa ketika dalam perjalanan kerana doa seorang musafir adalah salah satu doa yang mustajab.

dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda

"Tiga doa yang tidak diragukan lagi terkabulnya yaitu doa seorang musafir, doa orang yang dizalimi, dan doa orang tuanya kepada anak-anaknya"

Sangat beruntung rasanya.diberi kesempatan. dikurniakan rezeki. mengambil setiap kesempatan yang ada, untuk berbicara dengan hati sendiri dengan tuhan yang sentiasa menjaga kami disepanjang perjalanan itu. 

Sewaktu belum berangkat haritu, ada sahabat-sahabat yang mengirimkan doa. kalau ikut layak, pasti la tak layak sebab aku tahu aku ini terlalu banyak dosa. namum aku cuba sebaiknya. 

 sewaktu di Jepun ada perkara yang aku lihat buat aku insaf, tak dinafikan mereka masyarat yang sangat tertib dari sudut adab dan budaya, namun aku dapat rasakan betapa yang hilang dari hidup mereka adalah agama dan lebih specific,Islam itu sendiri.

Sebagai seorang muslim, yang jadi kepuasan dalam melakukan kebaikan adalah pahala yang telah dijanjikan dan kita tahu faedahnya adalah untuk diri sendiri juga. Untuk mereka, yang aku perhatikan. kebaikan yang mereka lakukan adalah memuaskan hati dan pandangan masyarakat. tapi aku memang tak nafikan mereka sangat baik, dan terlalu banyak yang aku mahu belajar dari nilai dan budaya masyarakat Jepun, tapi aku percaya dengan Islam maka barulah mereka sempurna. 

contohnya, dalam hal doa. mungkin kita dah biasa tengok dalam drama-drama korea atau jepun sebelum ini. di mana wish mereka digantung indah.

ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ لاَ شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَالْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzuluDa

Rumitnya process mereka mahu berdoa, membeli sekeping papan yang berharga lingkungan 500-800 yen bah kan ada yang lebih mahal dari itu, macam-macam yang dipinta, kebahagian, lulus peperiksaan. Kemudian perlu digantung ditempat-tempat tertentu. Namun, tak terfikirkah mereka, pada siapa mereka gantungkan permintaan-permintaan, pada siapa mereka harapkan untuk menunaikan permintaan itu? tapi tetap mereka berusaha dan meminta.

 
Sedang kita yang Muslim ini, berdoa itu, dimana-mana sahaja, bila-bila masa yang kita rasa mahu dan perlu, percuma tanpa harga bahkan dijanjikan pula pahala.
Tapi kita tak mahu, memayahkan, merumitkan.
sungguh, Mintalah, pohonlah,
Dia Yang Maha Mendengar segala permintaan dan isi hati kita.

Bersyukurlah kita yang dilahirkan seorang Muslim, andai tidak belum pasti kita ketemu. Sesungguhnya nikmat Iman dan Islam itu sebesar-besar nikmat yang kita kecapi. hargai lah. 

peringatan ini untuk aku yang selalu lupa dan alpa.

semoga kita terus berusaha untuk menjadi sebaik-baik penyambung mata rantai Perjuangan Rasulullah.

8 January 2016

Jejak Tanah Samurai Part 3:Osaka

Tanah Osaka.

Kuala Lumpur to Kansai Airport: AirAsia X 4,945 km about 5 hours and 40 minutes. 

Kansai Airport to Nagase Station : 3 different train, 54.2 km, 1 hour and 25 minute


The first thing that I know about Osaka is about Detective Heiji from Detective Conan manga.  Fyi: I still follow the series and I have almost complete set of the comic. I love it and my younger brother also love it. We are the big fan.
Kansai Airport ke Nagase station.

Dari dalam train.

Rumah pertama yang akan aku stay untuk kembara 16 hari ni, Rumah seorang Master student yang tengah study dekat Kinki University. So untuk dapat direction ke rumah da, alhamdulillah dia siap bagi hand drawing punya map. So untuk sampai Nagase station, aku just masukkan maklumat dalam hyperdia.com, untuk train bawah Jr semua pass cover. Yang last train untuk ke Nagase tu je kami perlu bayar, 230 yen. Alhamdulillah. Selamat sampai.
Hati aku masa tu, cukup berbunga-bunga. walaupun pipi kebas kene tiup angin. mana taknya, suhu 5 degree je kak oii. semalam kat malaysia 30 degree. bayang la banyak mana beza dia. 

Ni la jalan yang kami duduk sesat tu.


kalau aku ni budak-badak, aku rasa aku dah melompat dah kat airport tu. tapi kene cover macho depan kawan-kawan hehehe.

excited oo tengok uni orang lawo.

Sampai Nagase, mula la misi mencari umah Faezah. kawasan dia tak ada la besar sangat, cumanya, berada di tempat asing yang unfamiliar. ikut peta tu, kene jalan 10 minit baru ambik kanan. tapi mungkin sebab beg yang berat, perut yang lapar( last kami makan kat klia mlm semalam, aku melantak sandwich, time sampai Nagase tu, pukul 1 lebih dah) tambah pulak beg yang berat, aku tukang heret beg isi makanan 21 kg, bagpack aku dah 10kg, 

Autumn dah nak abis, winter dah datang

maka cepat aje la kami ni nak ambik simpang, then mula la episode sesat, tawaf tempat sama sampai 3 kali, berhenti tanya orang pun, masalah utama adalah bahasa, aku tak faham kau, kau tak faham aku. last2 kami patah balik ke 7e untuk dapatkan internet free. ( untuk makluman semua, kami berempat tak subscribe internet sebab bajet kami ciput je) then contact la Faezah balik, dia cakap nak datang jemput. ( dah la nak tumpang rumah orang, nak kene berjemput pulak, malu oii)



Sebelah sana tu, social science punya department.

Alhamdulillah selamat la sampai rumah dia, kami settlekan diri, solat dan masak sebab dah lapar tahap kebuluran, masak ape? of course la Meggi. hehehe. 


Then kami di bawa tour uni faezah, jumpe la student ganu sorang. tapi aku lupa nama dia. hehehe. time tu la, hati ni meronta-ronta nak further study jugak. Rindu nak belajar oi. Tengok budak-budak ni, muda-muda dah nak abis master.

Tak dapat study oversea pun, dapat jalan dan melawat pun jadi la.

mostly engineering students la yang further Japan sebab technology diorang kot. Malam tu pulak, Faezah bawak kami pergi rumah students lain, lepak2 borak2 pasal masalah Malaysia. as usual la kan, corruption, harga kereta dan cost hidup.. then mintak tips nak pergi mana kat Osaka ni. 


Rumah budak-budak tu, umah apartment, keluar je rumah gigil kami kene tiup angin. huhuhu. 

 Berkenalan dengan mak cik takoyaki yang terlebih ramah. malam ke empat ada cerita kelakar dengan mak cik ni.

Nasib baik ada tuan rumah nak tolong order. 


Mujahadah la kami nak mandi dan ambik wuduk even nak buat urusan dalam toilet pun, pikir 2-3 kali. beku oii. hehehe. that was our first day. 


till next update.

6 January 2016

Jejak Tanah Samurai Part 2

Soalan pertama yang semua orang tanya bila balik dari trip aritu,
Kenapa pilih Jepun?
Kenapa tak pergi Korea macam orang lain.


sampai airport Kansai pukul 8 lebih, keluar cari Jr Office around pukul 10

Actually untuk aku personally it's my childhood dream.
Semua orang ada cerita mereka sendiri, dan aku mula kenal dan cinta buku dengan bacaan ringan manga aka comic dari Jepun, kemudian masuk zaman drama Jepun, gila2 la meng download kat torrent.  Sebut la tajuk drama apa, mostly tau la. Kemudian masuk pulak zaman Jpop. Arashi, News, Ayumi Hamasaki, semua hafal kat mulut. Masuk pulak dunia memasak dan makanan, recipe ape tak cuba, Bento bagai. Dan bila dah dewasa sikit, (dewasa ke?) Hehehe, mula berjinak dengan bahan bacaan ilmiah. Dan Jepun sentiasa menjadi contoh sebagai bangsa yang maju dan penuh dengan adap sopan dan juara dalam bab kebersihan. Dan even speaker-speaker terkenal sering menyanjung Jepun dalam bicara mereka. Sampai Pengarah Negeri Aku pun suka sangat jadikan Jepun as contoh.



tempat rasmikan jr pass yang pertama. 

Setelah sesat, penat, urus diri. Destinasi pertama adalah Kinki University, dekat je dgn umah yang kami stay.



Hati mana yang tak curious?
Betul ke?
Hebat sangat ke mereka?
Sampai dipandang tinggi oleh orang Islam itu sendiri. Sedangkan kita tau, sepatutnya sebaik-baik akhlak letaknya pada seorang Muslim. Kerana akhlaknya dipandu oleh Quran dan sunnah.
Perasaan mahu itu sudah lama ada, cuma mungkin usaha sebelum ini belum cukup, dan masih belum rezeki aku. Dan perginya aku ke sana, benar-benar rezeki dari Allah yang mempermudahkan segala urusan.


first Sunset di Tanah itu.

Mula-mula beli ticket, satu hapa pun tak prepare, just tau yang aku ada ticket nak g Jepun. Celah mana nak jalan, celah mana nak tido, semua tu letak tepi.
Bulan 3 beli ticket flght.
Bulan 4 contact kawan tanya apa patut buat
Bulan 5 tak buat apa-apa.
Bulan 6 Research sikit-sikit dan start susun route.
Bulan 7 cari tempat nak stay.
Bulan 8 tak buat apa2, just berangan
Bulan 9 start membooking rumah,
Bulan 10 beli jr pass
Bulan 11 sibuk marking, SPM dah start, p/s: sebelum sekolah tutup mintak izin pengetua skip meeting.
Bulan 12, packing, beli stok makanan, susun final route.
last minute after abis jaga Spm kene attend course kat Melaka, 7 hari. Course habis 2 hari sebelum tarikh fly.


so my December was pretty pack,


From that trip I learn a lot of things, I grow up a bit, There are a lesson I will forever remember. There are things that I will share publicly, and there are things that I want to keep to myself.
precious 16 days in my life.


pahit manis yang akan kekal dalam hati dan ingatan.
mudah ke nak research?


Alhamdulillah, Japan dah jadi salah satu destinasi percutian yang sangat terkenal, So with just one click banyak maklumat dapat.
Bahasa, itu agak masalah. None of us able to speak Japanese. I only know the basic word. hehehe


Kerjasama, Alhamdulillah, Survive. Body language sangat membantu.
Basically, lepas balik, Yes ada benda yang betul-betul ikut apa yang dah tau sebelum ni, ada jugak yang sedikit tersimpang dari expectation.

ape dia?
till next post InsyaAllah







3 January 2016

Kembara bumi samurai.

Misi kembara 16 hari ke tanah samurai. 


Kyoto Bamboo walk

Osaka Station

Melihat, berbincang dan belajar. Semuanya bermula dengan idea luar logik, yang digerakkan dengan sedikit rasa percaya yang kami mampu dan seteguh yakin yang Allah akan sentiasa ada dengan kami dan akan sentiasa membantu kami. 

Hiroshima Castle
when women trying to concur the world 

Sungguh bukan mudah, merancang dan melaksanakan adalah perkara yang berbeza. Meneliti setiap perbezaan pendapat, emosi dan rasa. Mengurus diri dan belajar beradaptasi dengan manusia dan dunia luar . 

Segalanya, benar-benar menguji ikatan hati dengan Allah dan kemampuan berlapang dada. Pahit dan manis itulah pengalaman. 


Hokkaido Historical Village

Personally untuk aku yang bersifat individualistic ni, terlalu biasa sendiri, belajar untuk lebih tenang walaupun ada ketika yang aku tewas. itu tak dapat dinafikan. 


Terima kasih Tuhan atas nikmat ini, 

Terima kasih sahabat kerana menerima lemah diri ini, 

Terima kasih semua atas iringan doa. 

Semoga aku menjadi aku yang lebih baik. 


Tokyo Tower

I personally think that this journey is more about having a conversation in me.

asking Allah to help me in developing my future, asking for His guides.The experience is priceless. it is true that when people said that spending your time and money for travelling only make you richer not poorer. Whatever I update after this is only for the purpose of sharing what I learn and also as my personal memory keeper. Not trying to show off or anything. Sorry in advance


For those who ask for the tips to travel in Japan, I'm not sure whether it's right or wrong, because I am also the first timer who learn from mistakes. But InsyaAllah I will put some effort to share what I can.


Alhamdulillah 
SubhanAllah 
AllahuAkbar