Bubur Suka Hati

Selamat petang,

pagi tadi sekolah latihan budak-budak qasidah.

don't say anything, just shut up.
yes me! the English teacher who need to train the Qasidah team,
the result., just wait and see.

okay, another story.

Petang ni ada sahabat lama abah and mama nak datang,
plan asal nak masak sup tulang pedas dan masak lomak cili padi daging salai.
tak jadi sebab tadi dah banyak kenduri.
so mama request yang ringkas dan ringan je.

so teringat la, biji gandum, dan tepung cha cha yang dah beli 2 minggu lepas, tapi tak sempat masak lagi. tertunai la niat mama n kakak hari ni.nak makan bubur manis.

semua nak makan,
bubur jagung,
bubur biji gandum
bubur cha cha.

so we combine three into one.
 jadilah bubur campur suka hati.


recipe:

300 g biji gandum
150 g tepung cha cha
250 g jagung.
400ml santan
2 1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan gula putih
secubit garam
daun pandan 2 helai


kaedah
1. rebus biji gandum dengan 600ml air dengan sehelai daun pandan
2. lepas dah agak kembang boleh masukkan tepung cha cha dan jagung
3. rebus sampai semua betul-betul lembut. dan masukkan gula.
4.semasa rebus tu kalau air kurang boleh tambah. for me memang suka bubur yang banyak kuah sikit.
5. boleh masukkan santan dan secubit garam dan sehelai lagi daun pandan.
6. masak sampai balance semua. rasa dan kalau nak lebih manis, boleh tambah gula.
7. siap dan boleh hidang. sejuk ke panas sama sedap je.

p/s: tepung cha cha dan jagung tu semua yang instant je. jagung yang frozen, cha cha pon beli yang timbang dekat mydin je. kenapa pakai brown sugar sebab abah suka makan manis tapi kene control dia punya paras gula, so bila guna brown sugar, abah boleh la makan banyak sikit.

kalau tengak recipe biasa orang campur 2 bahan je. ni sebab teringin nak makan semua, so campak je semua.

simple and puas hati dapat makan bila masak sendiri kan.

selamat mencuba.


Comments

Popular Posts