18 August 2010

I AM SORRY!!!????

when people say sorry. there are part of it.
first: I'm so sorry
second: it was my fault
third: what can i do to make it right.

people always.. always.. say the first part. even someone say it in a very sarcastic tone.
then it make you think whether they meant or not?
as people keep on doing the same mistake and then keep on saying I'm sorry!
would you believe that they meant what they said? huh??
okay, then they go to the second part.
IT WAS MY FAULT!!
so they admit that they are doing something wrong and they sincerely try to ask your forgiveness.
then what? doing it again? then realize again that it is your fault?
people always forget about the third part.
what can i do to make it right?
Allah always give us chance to correct our mistake.
to do thing that goes wrongly in a right ways.
it is just matter of us.
whether we want to change it right or just let go like that.
so things that we left will always be in the wrong position because we don't want to correct it.


p/s: I'm so sorry to everyone. please forgive me for everything. if anything goes wrong between us, it was my fault. again I'm sorry. and please show me and tell me how to make it right. I'm just a person who full of weakness.

12 August 2010

Ramadhan tiba lagi..Alhamdulillah..


1 ramadhan telah berlalu.. 29 hari menanti utk diisi..(insyaallah andai aku diberi kesempatan) sudah aku laksanakan ibadah wajibku..aku topup dengan ibadah sunat yg termampu aku laksanakan.. namun adakah ia terima??

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ya Allah hanya pada-MU aku memohon agar amalan ku diterima..

“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

aku???

namun bila tiba saat dan ketikanya..janji itu hanya tinggal janji(nauzubillah)

apa taknya.. hari ni, first day of ramadhan.. kebetulan bazar terletak betul2 tepi Mahallah aku.. betapa ramainya manusia berkejar-kejar ke bazar ramadhan utk memenuhi nafsu makan kerana sudah seharian penat berpuasa. aku lihat sorang2 bukan bwk satu plastik, tapi dah sampai 3-4 plastik makanan ada.. *sigh*
Masyaallah. bukan ke Ramadhan hendak mendidik kita jd insan yg bersederhana..mendidik nafsu n bukannya menbesarkan nafsu..

on the first day of ramadhan aku berbuka dgn shbt2 aku.. aku tgk diorg makan boleh tahan berselera..aku pun mcm tu jugak..hehe.
Alhamdulillah, rezeki Allah kurnia lebih hari ni. namun bersederhana tu lebih indah Insyaallah. bila kita makan terlalu kenyang badan kita jadi berat utk beribadah..mungkin dah tak larat nk g bertarawih lps tu.
sayangnya.. tarawih hanya ada pada ramadhan ini..tapi kerana sygkan makan..kita meninggal nikmat yg Allah beri kat kita hanya sebulan dlm setahun.. Insyaallah sama2 kita baiki diri dalam bulan tarbiyah ini..

yang buat aku terkedu lagi..apa yd terjadi sehari sebelum ramadhan..

P: Q byknya kau makan hari ni?
Q: mestilah. esok dah x boleh makan.nk kene puasa. so mkn la puas2 arini.
p: a'ah..betul jgk tu. kasi aku skit kueh tu..

adohai.. perspektif mereka ini, seperti kanak-kanak kecil yg baru belajar hendak puasa saje.

"Demi Tuhan yang diri Muhammad berada di dalam genggamannya, sesunggunya bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah lebih harum daripada bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada 2 kegembiraan. Satu kegembiraan semasa dia berbuka, dia gembira kerana berbuka. Satu lagi ketika bertemu Tuhannya, dia bergembira dengan kelebihan puasanya."( riwayat bukhari dan muslim)..

p/s: bersama kita mencari Ramadhan terbaik.

11 August 2010

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN


4.00 pagi - Bangun
Berdoalah kepada ALLAH dengan doa :
"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan".

Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak mungkin kebaikan pada hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH.
Menangislah dan menyesali segala dosa.

- Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku solatsunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, berdoalah kepada ALLAH.

- Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
Ketika sujud terakhir baca 11 kali, "Laillahailla anta subhanakainni kuntuminaz zolimin" dan sertakan di dalam hati segala hajat kita.

- Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku solatsunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan solatwitir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, mohon agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita dan amalan kita, serta memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Bersahur

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Solatsunat Subuh, solatSubuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar solatatau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke kelas/tempat kerja
Melangkah ke tempat kerja/kelas dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - SolatSunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : "Sahaja aku solatsunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala".
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh. - Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersolatdengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai solatsunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg. memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg. - Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
Bersujud syukurlah setelah selesai solatsunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg. - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg. - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", mohonlah kepada ALLAH agar amalan kita diterima.

Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
"Ya ALLAH , Ya Tuhanku , kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka".

Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm. - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seelok-eloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm. - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : "Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala". (JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH, aku hidup dan mati".
Ingatlah tidur adalah mati yg. sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan kita diterima dan diberkhati ALLAH. InsyaALLAH.

p/s: selitkan dimana waktu utk kita student study..semoga ramadhan memberi keberkatan kepada pelajaran kita.Insyaallah..

6 August 2010

duit.duit dan duit..

penatnye tengok belanjawan sem ni.. mcm2 nk KENE beli n yg NAK beli..
berada diantara kehendak dan keperluan ni mm
g susah skit nk handle..
ptptn dah la ciput..cukup2 nk byr yuran je.. Kp
m plak dah x sudi menaja bdk2 education ni..apo nk buat ni..
list harta-benda yg nk dibeli:

-monitor: sbb software yg gune dlm kelas x mampu dibuke dgn sekadar gunekan screen resolution netbook den ni...(2nd hand pun bersyukur dah)
-pendrive: sbb yg lame tu dh jahanam.. need a new one utk kutip nota2 dari org2
-buku digital photography: hari baru sir mintak beli..adeh 70 hinggit tuh.. lari bajet aku camni.
.

-mr.mouse: sbb rosak jgk la.
.
-sejibik my own camera..x kira lah compact ke dslr ke..janji ada..
tu x termasuk lagi kos2 lain seperti printing n so on..

p/s: sape suruh kamu ambik minor IT kalu dah tau kurang kadar kemampuan..padan mu kamu cik siti sofiah..

5 August 2010

Berubah!!!

Berubahkah aku?
hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

Lagu/lirik : Deden Supriadi
nyanyian: Edcoustic

manusia sering berubah.. ada org kata hijrah.. hijrah tu bagus. namun harus dilihat juga. arah mane yang kita tuju.. andai menuju kearah kebaikan. Allhamdulillah.
setiap kali aku mendengar lagu ni, selalu buat aku munasabah diri.

aku sering ucapkan. yang aku ingin berubah. kata2 itu mudah dilafazkan. namun melaksanakannya, perlukan semangat dan kekuatan. sesungguhnya hanya pada Allah aku sandarkan segalanya..

semoga dgn berkat ramadhan yang menjelang mampu merealisasikan a better girl in the making..Align Center

..