3 October 2012

citaku hanya 1

Manusia ini kadang-kadang terlalu banyak angan-angan berbanding cita-cita.
apa bezanya sebuah angan dan cita?
angan selalunya dilakari dengan berus ilusi.
cita-cita pula selalunya diwarnai dengan berus realiti.
satu terjejak satu terawan..
mengejar sebuah angan membuatkan manusia sering terjatuh
dan terbungkam dari mimpi.
cita-cita selalunya buat manusia terus bangun dari sakitnya realiti.
sebuah angan dan cita sering buat manusia keliru.
mencari erti antara ilusi dan realiti hidup.
tiada erti dalam hidup yang mudah.
apatah lagi bila kaki dan akal cuba untuk terus melangkah mengejar cita
supaya tidak terjatuh disapa fantasi sebuah angan.
senangnya manusia untuk jatuh
payahnya manusia untuk bangun.
BANGUNLAH MANUSIA
tiada siapa yang boleh mengangkatmu.
tiada siapa yang sudi memimpinmu.
apa yang kau ada ada hanyalah DIA.
Andai kaki mu rebah disapa angan,
hulurkan tangan Hanya pada DIA.
Andai akal dikelabui fantasi itu,
segeralah dekatkan hati mu pada DIA.
manusia akan terus mengejar tanpa sedar apa itu cita apa itu angan.
tapi kita PUNYA DIA.
dekat kita PADA DIA
DEKATLAH DIA pada kita.
Moga kita terus mengejar cita-cita yang abadi
bukan hanya angan-angan yang sementara.

3.15AM BAIT AS-SAKINAH 3/10/2012