Kue Teow Kungfu

Hari ni malas pikir banyak, so decide nak balik rumah awal. (awal pon pukul 3 dah)
sambil drive sambil pikir, macam nak masak je..
nak masak apa?
otak tak sempat buat keputusan lagi, 
kereta ni dah laju melencong pergi pasar.



sunyi je pasar. dulu strategik je pasar chabang 3 duduk tepi jalan. sekarang bila pindah masuk dalam, orang jadi pikir banyak kali nak melencong ke dalam tu. kesian peniaga-peniaga kecil ni.
nak merungut pon tak boleh sebab nanti kata semua benda nak salahkan kerajaan. tapi fikirlah sendiri. siapa yang untung, siapa yang rugi.

sambung cerita masak ni, rasa macam nak makan seafood je.
so beli udang rm 10, sotong 2 ekor rm 10. sayur serba sikit.
habis beli barang td 30 ringgit.

so nak senang masak and abah n mama pon suka,
kita godek Kue Teow Kungfu la sekali.

RESEPI

Bahan.
1. dada ayam 2 ketul. potong dadu
2.udang 15 ekor
3. sotong 2 ekor
4. carrot 1 batang
5. bunga kubis
6. baby corn
7. cendawan.
8. 1 batang celery
9. telur 3 biji
10 kue teow.
11. 2 sudu tepung jagung

cara-cara
1. tumis bawang dan bawang putih, kemudian masukkan ayam. letak sikit lada hitam dan garam semasa tumis ayam. 
2. lepas ayam separuh masak masukkan batang celery. biar sekejap masukkan sayur2 lain. masukkan air secukupnya. bergantung pada banyak mana nak kuah. ni bajet untuk 5-6 orang makan.last masukkan seafood tadi.
3. season kuah secukupnya. garam, perasa n cili padi kalau suka pedas. boleh ganti dengan lada hitam. last untuk pekatkan kuah boleh tambah tepung. tepung tu perlu bancuh dengan sikit air supaya tak berketul bila masuk dalam kuah yang dah panas tu.
4. untuk kue teow. tos kue toew pastu pecahkan telur macam nak buat telur dadar. gaul skali dengan kue teow. tambah garam skit. goreng macam goreng telur dadar jugak.
done. boleh hidang.


kalau ikut penat badan memang malas da masuk dapur. but bila fikir mama abah. buat jugak and I'm very happy to be able to feed them with my own money and my own effort.
I have nothing more to offer. 
please accept my little form of love.

Comments

Popular Posts