26 May 2009

ape dah jadi???

"sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

hari ni aku lepak2 kat tangga depan rumah nenek. laluan depan tu mmg lalu biasa motor2 bdk kampung aku. satu demi satu motor lalu. ada lelaki dan ada perempuan. ada yang seorang, ada yang berkeluarga, dan ada yang berpasangan.

kalau diikutkan benda tu dah jadi pemandangan biasa kat mane2 pun. tak kira kat bandar atau just kat kampung ni.apa peranan aku?? ape yang boleh aku buat?? benda tu berlaku depan mata aku. kadang ia berlaku di kalangan orang terdekat.. mane peranan amar ma'ruf nahi mungkar aku. ape aku akan terus jadi pemerhati bisu.

pesanan yang penting, aku benci pada maksiat tapi aku tak benci pada ahli maksiat. kadang mereka jahil, aku yang perlu sedarkan. kadang mereka lalai, aku perlu ingatkan. kadang nafsu yang mengawal.. bukan lagi iman yang berkuasa. ape peranan aku??

mereka bukan muhrim, konon aku cinta pada-mu.. atas landasan ape cinta itu? sebelum berkahwin panggilan sayang, honey, abang, sweet heart sudah di praktikan.. apa ini dipanggil cinta?? cinta kite perlukan redha Allah.

mane datangnya redha, kalau kemurkaan Allah sudah diundang dahulu. kite same2 renungkan.. aku ambil iktibar untuk diri sendiri.
"tiap-tiap bani Adam itu membuat kesalahan, tapi sebaik-baik orang yang banyak berbuat kesalahan
ialah orang yang banyak bertaubat." (
hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)



No comments: