Rasa itu.. perlu dididik.

Semua orang dilahirkan dengan rasa
dididik dengan perasaan.
Mengerti kalau kau punya rasa dan perasaan itu,
namun mengawal rasa dan perasaan itu perlu dan wajib
jangan sampai nampak enteng pada mata manusia apatah lagi pandangan tuhan
hai anak gadis,
aku juga seperti kamu,
namun belajarlah,
pacu rasa itu pada arah yang betul,
duduk bertimpuh bersebelahan
bergurau senda
bertepuk tampar
berbicara sampai lebih dari keperluan
mungkin pada kamu hanya seronok
tapi si gadis
kamu itu manis
kamu itu ada agama
sayang,
tundukkanlah pandangan mu
selimutlah hati mu
lindungi aurat mu
kerana kamu si gadis manis
adik-adikku
tuhan itu sentiasa menjaga mu
jangan sampai tingkah mu mengundang murka
si gadis,
jagalah hatimu, pandangan mu dan agama mu
tiada apa yang mampu mengundang bahagia akhirat
selain amal dan akhlak mu.
sayang ingatlah, kita punya agama
dan pasti ada batas yang perlu dipatuhi.
ingatan ini juga untuk aku.


p/s: menjadi si cikgu, sentiasa menegur buatkan aku bukan cikgu yang sporting. tak juga digemari. tapi dari itu, lebih baik dari membiarkan terus leka. aku tak mahu bersubahat dengan dosa itu. dosa ku sendiri dah tak tertanggung. kita duduk kat dunia ni nak kutip bekal je. kalau korang terus lalai, korang kutip dosa, kalau aku tak tegur aku pon berdosa. pemandangan kurang indah di hari sukan.

cabaran mendidik pada aku yang masih belajar. 

cabaran mendidik aku dan mereka jadi manusia beragama.

semoga esok lebih baik.

Comments

Popular Posts