24 February 2015

Menilai Diri

Usikan kecil
Pujian mahupun Nista
Itu semua akan datang dan pergi
Tapi kita tetap harus terus kuat untuk melangkah
Perjalanan itu mungkin jauh dan mungkin juga bakal berakhir sedetik Cuma lagi.

Ukirlah senyuman itu walau kadang terasa pahitnya
Bangunlah, jangan terlalu asyik di buai mimpi.
Tak siapa mampu merubahmu selain diri mu sendiri.

Aku cuba untuk terus berdiri dan berdikari
Menentukan hala tuju hidupku sendiri
Mungkin kadang datang rasa yang aneh dan kadang mengundang sedikit air mata
Tapi itu normal. Namun jangan menyekat kebahagiaan diri dengan rasa yang tidak penting.
Hadirkan rasa bahagia itu buat diri sendiri.
Jangan pernah meletak bahagia orang lain di tempat kita
Kerna bahagia mereka belum tentu bahagia untuk kita.

Erti syukur.
Melafaz memang mudah,
Tapi itulah sifat seorang manusia.
Tak dapat dielakkan lagi.
Namun jika diperingatkan terus lah tanpa menangguh lagi.

Jika aku rasa aku tiada siapa.
Aku harus ingat yang aku sentiasa punya Tuhan
Allah sentiasa menjaga aku.
Walau aku sedar aku bukan hamba yang baik
Terima kasih tuhan atas nikmat dan peluang yang kau belum tarik dari diri ini.


TEMPAT MENCARI KETENANGAN
7.00pm 23/2/2015
crystal mosque

No comments: