Sebuah Perjalanan


Sebuah Perjalanan.





setiap yang ada perlu melangkah.
Melangkah dan terus melangkah.
perjalanan itu jauh.
bukan di sini matlamat-nya.
kerana ada di sana yang lebih besar.
yang punya tenaga,
kau langkah dengan kaki-mu.
mencari di mana matlamat-mu.
yang punya suara,
kau langkah dengan hujah-mu
menceritakan di mana akhir-mu.
yang punya hati,
kau pujuk dengan prinsip-mu
memujuk diri untuk terus melangkah.
yang punya akal
kau kota dengan ilmu-mu
mendidik diri pada perjalanan yang benar.
namun aku hanya punya pena.
menulis sedikit suaraku, hujahku dan prinsip ku.
walau aku tahu langkahku tidak jauh.
namun demi perjalanan ini aku gagahi jua.
perjalanan itu jauh.
strategi harus diatur bagi mencapai matlamat itu.
dunia hanya tempat mengumpul bekalan.
akhirat tempat menuai hasilnya.
sama ada kanan atau kiri
di sana tiada lagi pilihan kita mampu lakukan
hanya tempat menerima.
jika kau mahu memilih untuk kanan atau kiri
sekarang adalah masa untuk membuat pilihan yang betul.
di sana penyesalan tidak lagi diterima.
kerana semuanya sudah terlambat.
mahukan perjalanan yang punya pengakhiran yang baik
pilihlah sekarang.
tidak lagi menangguh untuk memilih yang lebih baik.
kita takkan pernah tahu bila ia akan berakhir.
maka bersedialah dari sekarang.
bukan esok atau lusa.
semoga Pilihan Untuk Perjalanan ini adalah pilihan yang betul.


demi Allah.. InsyaAllah.






Comments

Popular Posts