Jejak Tanah Samurai Part 3:Osaka

Tanah Osaka.

Kuala Lumpur to Kansai Airport: AirAsia X 4,945 km about 5 hours and 40 minutes. 

Kansai Airport to Nagase Station : 3 different train, 54.2 km, 1 hour and 25 minute


The first thing that I know about Osaka is about Detective Heiji from Detective Conan manga.  Fyi: I still follow the series and I have almost complete set of the comic. I love it and my younger brother also love it. We are the big fan.
Kansai Airport ke Nagase station.

Dari dalam train.

Rumah pertama yang akan aku stay untuk kembara 16 hari ni, Rumah seorang Master student yang tengah study dekat Kinki University. So untuk dapat direction ke rumah da, alhamdulillah dia siap bagi hand drawing punya map. So untuk sampai Nagase station, aku just masukkan maklumat dalam hyperdia.com, untuk train bawah Jr semua pass cover. Yang last train untuk ke Nagase tu je kami perlu bayar, 230 yen. Alhamdulillah. Selamat sampai.
Hati aku masa tu, cukup berbunga-bunga. walaupun pipi kebas kene tiup angin. mana taknya, suhu 5 degree je kak oii. semalam kat malaysia 30 degree. bayang la banyak mana beza dia. 

Ni la jalan yang kami duduk sesat tu.


kalau aku ni budak-badak, aku rasa aku dah melompat dah kat airport tu. tapi kene cover macho depan kawan-kawan hehehe.

excited oo tengok uni orang lawo.

Sampai Nagase, mula la misi mencari umah Faezah. kawasan dia tak ada la besar sangat, cumanya, berada di tempat asing yang unfamiliar. ikut peta tu, kene jalan 10 minit baru ambik kanan. tapi mungkin sebab beg yang berat, perut yang lapar( last kami makan kat klia mlm semalam, aku melantak sandwich, time sampai Nagase tu, pukul 1 lebih dah) tambah pulak beg yang berat, aku tukang heret beg isi makanan 21 kg, bagpack aku dah 10kg, 

Autumn dah nak abis, winter dah datang

maka cepat aje la kami ni nak ambik simpang, then mula la episode sesat, tawaf tempat sama sampai 3 kali, berhenti tanya orang pun, masalah utama adalah bahasa, aku tak faham kau, kau tak faham aku. last2 kami patah balik ke 7e untuk dapatkan internet free. ( untuk makluman semua, kami berempat tak subscribe internet sebab bajet kami ciput je) then contact la Faezah balik, dia cakap nak datang jemput. ( dah la nak tumpang rumah orang, nak kene berjemput pulak, malu oii)



Sebelah sana tu, social science punya department.

Alhamdulillah selamat la sampai rumah dia, kami settlekan diri, solat dan masak sebab dah lapar tahap kebuluran, masak ape? of course la Meggi. hehehe. 


Then kami di bawa tour uni faezah, jumpe la student ganu sorang. tapi aku lupa nama dia. hehehe. time tu la, hati ni meronta-ronta nak further study jugak. Rindu nak belajar oi. Tengok budak-budak ni, muda-muda dah nak abis master.

Tak dapat study oversea pun, dapat jalan dan melawat pun jadi la.

mostly engineering students la yang further Japan sebab technology diorang kot. Malam tu pulak, Faezah bawak kami pergi rumah students lain, lepak2 borak2 pasal masalah Malaysia. as usual la kan, corruption, harga kereta dan cost hidup.. then mintak tips nak pergi mana kat Osaka ni. 


Rumah budak-budak tu, umah apartment, keluar je rumah gigil kami kene tiup angin. huhuhu. 

 Berkenalan dengan mak cik takoyaki yang terlebih ramah. malam ke empat ada cerita kelakar dengan mak cik ni.

Nasib baik ada tuan rumah nak tolong order. 


Mujahadah la kami nak mandi dan ambik wuduk even nak buat urusan dalam toilet pun, pikir 2-3 kali. beku oii. hehehe. that was our first day. 


till next update.

Comments

Popular Posts