Jejak Tanah Samurai Part 2

Soalan pertama yang semua orang tanya bila balik dari trip aritu,
Kenapa pilih Jepun?
Kenapa tak pergi Korea macam orang lain.


sampai airport Kansai pukul 8 lebih, keluar cari Jr Office around pukul 10

Actually untuk aku personally it's my childhood dream.
Semua orang ada cerita mereka sendiri, dan aku mula kenal dan cinta buku dengan bacaan ringan manga aka comic dari Jepun, kemudian masuk zaman drama Jepun, gila2 la meng download kat torrent.  Sebut la tajuk drama apa, mostly tau la. Kemudian masuk pulak zaman Jpop. Arashi, News, Ayumi Hamasaki, semua hafal kat mulut. Masuk pulak dunia memasak dan makanan, recipe ape tak cuba, Bento bagai. Dan bila dah dewasa sikit, (dewasa ke?) Hehehe, mula berjinak dengan bahan bacaan ilmiah. Dan Jepun sentiasa menjadi contoh sebagai bangsa yang maju dan penuh dengan adap sopan dan juara dalam bab kebersihan. Dan even speaker-speaker terkenal sering menyanjung Jepun dalam bicara mereka. Sampai Pengarah Negeri Aku pun suka sangat jadikan Jepun as contoh.



tempat rasmikan jr pass yang pertama. 

Setelah sesat, penat, urus diri. Destinasi pertama adalah Kinki University, dekat je dgn umah yang kami stay.



Hati mana yang tak curious?
Betul ke?
Hebat sangat ke mereka?
Sampai dipandang tinggi oleh orang Islam itu sendiri. Sedangkan kita tau, sepatutnya sebaik-baik akhlak letaknya pada seorang Muslim. Kerana akhlaknya dipandu oleh Quran dan sunnah.
Perasaan mahu itu sudah lama ada, cuma mungkin usaha sebelum ini belum cukup, dan masih belum rezeki aku. Dan perginya aku ke sana, benar-benar rezeki dari Allah yang mempermudahkan segala urusan.


first Sunset di Tanah itu.

Mula-mula beli ticket, satu hapa pun tak prepare, just tau yang aku ada ticket nak g Jepun. Celah mana nak jalan, celah mana nak tido, semua tu letak tepi.
Bulan 3 beli ticket flght.
Bulan 4 contact kawan tanya apa patut buat
Bulan 5 tak buat apa-apa.
Bulan 6 Research sikit-sikit dan start susun route.
Bulan 7 cari tempat nak stay.
Bulan 8 tak buat apa2, just berangan
Bulan 9 start membooking rumah,
Bulan 10 beli jr pass
Bulan 11 sibuk marking, SPM dah start, p/s: sebelum sekolah tutup mintak izin pengetua skip meeting.
Bulan 12, packing, beli stok makanan, susun final route.
last minute after abis jaga Spm kene attend course kat Melaka, 7 hari. Course habis 2 hari sebelum tarikh fly.


so my December was pretty pack,


From that trip I learn a lot of things, I grow up a bit, There are lessons that I will remember for a lifetime. There are things that I will share publicly, and there are things that I want to keep to myself.


precious 16 days of my life.


pahit manis yang akan kekal dalam hati dan ingatan.
mudah ke nak research?


Alhamdulillah, Japan dah jadi salah satu destinasi percutian yang sangat terkenal, So with just one click banyak maklumat dapat.
Bahasa, itu agak masalah. None of us able to speak Japanese. I only know the basic word. hehehe


Kerjasama, Alhamdulillah, Survive. Body language sangat membantu.
Basically, lepas balik, Yes ada benda yang betul-betul ikut apa yang dah tau sebelum ni, ada jugak yang sedikit tersimpang dari expectation.

ape dia?
till next post InsyaAllah







Comments

Popular Posts