Tewas

Mudahnya kalau sakit tu boleh hilang dengan menangis, namun hakikatnya tak begitu.
Sakit itu tetap ada disitu.
Yang tinggal hanya penat dan pedih.

Tiadalah jalan singkat untuk menghilangkan rasa itu.
Pilihlah sama ada untuk merawat atau untuk terus bertahan menelan rasa itu.
Tiada siapa yang mampu merawat selain diri ini sendiri
Dan memilih untuk bertahan itu Kadang ada buruknya juga.
Namun apalah pilihan yang ada ?
Kerana diri ini tiada daya.
Memilih untuk terus bersimpati dengan diri
sebagai alasan untuk tidak menapak ke hadapan
Tidak juga mencari usaha untuk belajar dari sakit itu.

Itulah bukti aku sedang tewas.

Comments

Popular Posts