12 August 2010

Ramadhan tiba lagi..Alhamdulillah..


1 ramadhan telah berlalu.. 29 hari menanti utk diisi..(insyaallah andai aku diberi kesempatan) sudah aku laksanakan ibadah wajibku..aku topup dengan ibadah sunat yg termampu aku laksanakan.. namun adakah ia terima??

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ya Allah hanya pada-MU aku memohon agar amalan ku diterima..

“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

aku???

namun bila tiba saat dan ketikanya..janji itu hanya tinggal janji(nauzubillah)

apa taknya.. hari ni, first day of ramadhan.. kebetulan bazar terletak betul2 tepi Mahallah aku.. betapa ramainya manusia berkejar-kejar ke bazar ramadhan utk memenuhi nafsu makan kerana sudah seharian penat berpuasa. aku lihat sorang2 bukan bwk satu plastik, tapi dah sampai 3-4 plastik makanan ada.. *sigh*
Masyaallah. bukan ke Ramadhan hendak mendidik kita jd insan yg bersederhana..mendidik nafsu n bukannya menbesarkan nafsu..

on the first day of ramadhan aku berbuka dgn shbt2 aku.. aku tgk diorg makan boleh tahan berselera..aku pun mcm tu jugak..hehe.
Alhamdulillah, rezeki Allah kurnia lebih hari ni. namun bersederhana tu lebih indah Insyaallah. bila kita makan terlalu kenyang badan kita jadi berat utk beribadah..mungkin dah tak larat nk g bertarawih lps tu.
sayangnya.. tarawih hanya ada pada ramadhan ini..tapi kerana sygkan makan..kita meninggal nikmat yg Allah beri kat kita hanya sebulan dlm setahun.. Insyaallah sama2 kita baiki diri dalam bulan tarbiyah ini..

yang buat aku terkedu lagi..apa yd terjadi sehari sebelum ramadhan..

P: Q byknya kau makan hari ni?
Q: mestilah. esok dah x boleh makan.nk kene puasa. so mkn la puas2 arini.
p: a'ah..betul jgk tu. kasi aku skit kueh tu..

adohai.. perspektif mereka ini, seperti kanak-kanak kecil yg baru belajar hendak puasa saje.

"Demi Tuhan yang diri Muhammad berada di dalam genggamannya, sesunggunya bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah lebih harum daripada bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada 2 kegembiraan. Satu kegembiraan semasa dia berbuka, dia gembira kerana berbuka. Satu lagi ketika bertemu Tuhannya, dia bergembira dengan kelebihan puasanya."( riwayat bukhari dan muslim)..

p/s: bersama kita mencari Ramadhan terbaik.

No comments: