"Akak free tak? Jogja Jom! "

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful
.
.
Dua hari sebelum tamat sesi persekolahah tahun 2017.
.
.
Mesej masuk, tanya aku free tak pada beberapa tarikh cadangan.
.
.
.
Aku cakap la, InsyaAllah free je.
.
.
Kenapa?
.
.
.
"Travel jom"
.
.
Eh budak ni. Biar betul.
.
.
"Saya cuti time tu, jom akak kita pergi mana-mana"
.
.
"Jogja jom"
.

"jom kak, kita gi mana-mana"
.
.
On the spot, aku isi borang kebenaran keluar negara.
.
.
Time ni masih belum comfirm jadi atau tak.
.
Langkah selamat aku isi je dulu borang.
.
.
.
.
Beberapa hari sebelum berangkat umrah.
.
.
Duit aku bank in untuk dia uruskan perancangan.
.
.
.
Aku sampai di airport Dubai.
.
.
"Saya belum beli tiket kita, passport saya lupa letak kat mana."
.
.
.
"Jangan beli lagi tiket, cari dulu passport tu. Tak apalah, kalau ada rezeki kita pergi.
.
.
.
Balik dari umrah, baru lah diteruskan dengan sesi merancang.
.
.
.
Illeya settlekan urusan tiket dan supir.
.
.
.
Aku google untuk buat itinerary dan urusan airbnb.
.
.
Kurang seminggu dari tarikh perjalanan.
.
.
.
Badan yang belum habis lemau dari trip umrah yang lepas.
.
.
.
Tapi adrenaline nak mengembara tu, semua jadi gagah.
.
.
.
Abah yang sama pulang dari umrah ke kuala lumpur. Untuk mesyuarat marking paper spm.
.
.
.
Dari Terengganu, aku memandu sendiri, membawa mama dan adik yang sambil menyelam minum air untuk ambil peluang bercuti.
.
.

Lepas isyak aku naik lrt dan seterusnya bertukar ke KLIA express utk ke KLIA 2
.
.
.
Semalaman aku berjaga di Starbuck, sambil menulis catatan dari trip umrah sebelum ini.
.
.

20 DECEMBER 2017-DAY 1
.
.
.
Sebelum subuh Illeya sampai.
.
.
Sama-sama kami solat dan breakfast.
.
.
7.30 pagi
.
.
Selamat kami di atas pesawat.
.
.
Cubaan melelapkan mata. Diiringi tangisan bayi penumpang lain. Tapi tidur tetap tidur.
.
.
 Akhirnya lebih kurang pukul 11 pagi kami sampai Di Terminal Adisutjipto International Airport.
.

HUTAN PINUS

.
Alhamdulillah. Urusan imigresen berjalan lancar.
.
.
Kedatangan kami di sambut pak supir yang dah di booking lebih awal.
.
.
Destinasi pertama haruslah mencari simkad dahulu.
.
.
Simkad dan internet di Indonesia sangat murah. Terserah nak ambil berapa gb sekali pun.
.
.
Airbnb hanya boleh masuk selepas pukul 2.
.
.
Jadi terus kami dibawa untuk first day trip.
.
.
Tebing Breksi jadi destinasi pertama.
.
.
.
Masuk waktu zuhr, aku fikir baik solat dahulu mengenangkan saat di Medan yang kurang mesra tempat solatnya.
.
.
Selesai urusan wajib.
.
.
Sambung perjalanan ke Candi Ijoi dan Hutan Pinus.
.
.
CANDI IJOI

.
Pemandangannya Hijau. SubhanAllah.
.
.

.
Dari pagi sampai ke petang,
.
.
Perut pun mintak diisi, hujan pula sebelah petang.
.
.
Menu pertama tentunya Ayam Penyet.
.
.
Seterus kami pulang menuju ke B&B kami.
.
.
Di sambut mesra Pak Freddy dan anak perempuannya Kairana
.

.
Di jemput masuk dan tak sempat apa-apa,
.
Dua-dua terus terbungkam tidur. PENAT.
.
.
Hanya dengan mesej aku maklumkan pada Kairana yang esok kami akan keluar seawal 4 pagi.
.
.
.
21 December 2017 - DAY 2
.
.
Ingatkan subuhnya lewat, rupanya pukul 3 lebih sudah masuk waktu subuh.
.
.
Selesai solat, Pak Supir dah setia menanti diluar.
.
.
Destinasi Ke Puncak Barede mencari Sunrise pertama.
.

.
Namun kelam harapan.
.
.
Cuaca penuh berawan.
.

.
Cerita kelakar disini, ada petugas tempat tersebut menawarkan khidmat untuk mengambil gambar dengan bayaran tertentu. Aku dan Illeya tolak dengan sopan. Kami dah bawak gear sendiri dan kebetulan cuacanya tak cukup baik.
.
.
Saja-saja kami duduk disitu lebih lama dan bila hampir tiada pelawat disitu, petugas tersebut tawarkan untuk ambil gambar kami secara percuma. Maka terima je la.
.
.
Dan gambar dihantar melalui whatsapp. Hasilnya... Mujurlah percuma. hehehe.
.
.
.
Seterusnya kami ke Bukit Brema atau Gereja Ayam.
.

.
One of my fav place during the visit.
.
Ambil peluang untuk breakfast dan merasa kopi dari tanah jawa ni.
.

.
sambil menikmati pemandangan yang sangat awesome.
.

.
Dan seterusnya ke tempat wajib di Jogja ini.
.
.
Tempat yan diulang-ulang dalam buku sejarah di Malaysia.
.
.
Borobudur.
.

.
Pricey and crowded but very beautiful
.
.
Dan di teruskan dengan perjalanan ke Kalibiru.
.
.
Kalau tengok siapa-siapa yang datang jogja ni, mesti ada posing dekat atas pelantar kayu tu.
.
Kami pun nak jugak, walaupun dia punya level nak mendaki tu. Putus nafas.
.
.
NI DIA PUNYA LEVEL CURAM NAK DAKI 

Nasib baik minggu sebelum tu dah training banyak. Jabal Nur dah sampai. Ini kira level bawah sikit la.
.
.
Naik atas pilih platform dan posing. Separuh jalan turun terus cari Indo Mee dulu. Alas perut.
.

.
Sebelum pulang ke rumah, kami nikmati makan tengahari combine sekali makan malam.
.
.
Dapat port makan tepi bendang.
.
.
Macam-macam menunya. Cuma namanya berbeza, tuan kedai nak explain pun kami tak faham. Last-last kira google la, tengok apa rupa menu tu.
.
.
Sampai dirumah, sekitar maghrib.
.
.
Illeya dah cakap, malam ni nak tak nak kita kene keluar bersembang dengan tuan rumah.
.
.
Alhamdulillah dapat tuan rumah yang sangat mesra.
.
WITH KAIRANA

.
Macam-macam kami sembang.
.
.
Aku yang masuk tidur dulu. Entah sampai pukul berapa Illeya bersembang dengan Pak Freddy. Sampai Kairana cakap kat bapak dia suruh stop.
.
.
22 DECEMBER 2017- DAY 3
.
.
.
Hari ni destinasinya Merapi Tour dan ke Gumuk Pasir dan Pantai Parangtritis.
.

GUNUNG MERAPI

.
Di Merapi kami ambil trip basic sahaja. Melawat rumah mangsa letusan gunung berapi yang telah dijadikan ruang pameran. Di Bunker Kali Adam, dapat melihat puncak Gunung Merapi.
.
.

.
DI KALI ADAM

.
Atas cadangan Pak Freddy, kami singgah makan tengahari Di warung Kopi Klotok.
.
WARUNG KOPI KLOTOK

.
Merasa menu jawa dan Kopi Klotok.
.


.
Petang singgah di Pasir Gumuk dan ke Pantai Parangtritis.

.


.
Kali ini, tempat solat disediakan perlu dibayar sekali dengan penggunaan tandas.
.
.
.
Sebelah petang kami masuk ke bandar Jogja, mencari batek dan the famous Gelato House.
.
.
.

.
Dan berakhir dengan misi mencari buku di Gedung Gramedia.


.
.
3 hari disni, kami berkira-kira soal bajet dan pilihan destinasi hari esok.
.
.
Kami pilih untuk ke destinasi yang lebih dekat dan lebih santai.
.
.
Dan Pak Freddy sekali lagi memberi cadangan dan pilihan buat kami.
.
.
.

23 DECEMBER 2017- DAY 4
.
.
Sekali lagi, misi sunrise jam 4 pagi dimulakan kerana misi hari kedua gagal.
.
.
Kali ini kami dibawa ke Bukit Pinguk dan pemandangannya lebih baik. Sangat cantik kerana seperti berdiri di atas awan.
.
.


.
.
.
.
Puas di situ, kami singgah breakfast tempe dan kopi di Lereng Tempelan Mangunan Buah.
.

.
.

Dan seterusnya kami menuju ke museum Ullen Sentalu. - ( sangat recommend untuk siapa ke Jogja)
.
.
Time kami beli tiket, tidak ada di tanya apa-apa, time nak masuk baru ada tanya mana group indonesia dan mana group foreigner. Rupanya tiket kami adalah tiket harga warga tempatan. Guide kami tanya, faham tak bahasa indonesia. "Oh, faham saja." Maka masuk lah kami dengan harga tiket warga tempatan.
.
Museum ULLEN SENTALU
.
Dekat dalam akan diterangkan sejarah Jogja dan paling menarik cerita-cerita Batik.
.
Rupanya setiap corak ada maksud tersendiri.
.
.
Mana corak untuk kerabat dan mana corak dipakai untuk jenazah.
.
.
Siap dapat rasa jamu yang katanya jadi amalan puteri jawa untuk kekal cantik.
.
.


Sebelum balik Kami singgah ke Cawangan Batek Hamzah di Kaliurang.
.
.
Time ni memang sakan shopping, siap kira untuk siapa buah tangan nak dibelikan.
.
.
Yelah bila convert duit malaysia. Boleh tahan murah harganya.
.
.
Puas shopping kami makan di restoran "THE WAROENG OF RAMINTEN".
.
.
restoran ni betul-betul sebelah Batek Hamzah. Air Kelapa gula jawa tu Subhanallah memang sedap. Rasa macam tak cukup segelas. Kalau ada rezeki pergi next time, sure aku order yang size jug. hehe.
.
.
Dalam perjalanan balik, Pak Supir singgah kedai tepi jalan. Perkenalkan dengan burger jawa katanya.
.
.
Semangat nak merasa, aku pun beli la. hahaha.
.
.
Sampai dirumah hari masih cerah.
.
.
Kami keluar lepak di beranda luar rumah Pak Freddy yang sangat cantik.
.
.
Sambil sama-sama makan burger jawa tadi. Sedap lah juga. Menarik.
.

Burger Jawa. Nama asal aku lupa. Kalau tak salah, nasi itu di panggil jatah dimakan dengan tempe.

.
Aku yang dah batuk sejak dari balik umrah hari tu, di tegur Pak Freddy. Aku cakap aku ada ubat dah. Sekali Pak Freddy cakap jom cuba ubat traditional.
.
.
Semangat Pak Freddy bancuhkan.
.
Rupanya kicap dengan asam limau.
.
Nasib baik sedap, boleh telan.
.
.
Malam ni kami nak kene Klinik Kopi.
.
.
Kairana tolong booking kan Gojek-Car.
.
.
Sampai-sampai depan Klinik Kopi diorang dah tak ambik customer.
.
.
Pak cik Tukang sapu dekat situ, tolong kawtim untuk kami. Alhamdulillah dapat juga no giliran.
.
.
Unik kedai ni. Kenapa di panggil klinik kopi dan customer nya di panggil Patient.
.
.
Customer, perlu ambil giliran macam nak jumpa doctor kopi.
.
.
Setiap patient di tanya apa tau-nya pasal kopi dan apa suka tentang kopi.
.
.
Akhirnya customer akan pilih bean dan kopi-nya di brew secara manual dan live.
.
Doctor Kopi ni pun ada dalam movie AADC

.
Cerita nak balik, kami perlu booking grabcar @ gojek-car kami sendiri.
.
.
Jam sudah hampir pukul 11 malam.
.
.
Beberapa booking di buat dan di cancel oleh driver.
.
.
Cuak jugak time tu. Zikir banyak-banyak time tu.
.
.
Ye lah, hanya berdua perempuan di bandar asing.
.
.
Selang beberapa minit, cubaan booking kami di terima.
.
.
Dah hampir tengah malam. Doa sungguh-sungguh semoga selamat sampai rumah.
.
.
Alhamdulillah, selamat.
.
.
Balik berkemas dan packing barang kerana esok tengahari kami dah nak balik.
.
.

24 DECEMBER 2017
.
.

Last day dah.
.
.
Si Illeya dia teringin nak belikan tempe untuk maknya.
.
.
Sekali lagi Pak Freddy dan Kairana yang baik hati sudi tolong kami.
.
.
Lepas breakfast di rumah, kami naik kereta dengan Pak Freddy dan Kairana. Di bawa ke pasar.
.
.
Untung ada Pak Freddy yang jadi juru cakap, menarik suasana pasar tempatan yang bukan tempat pelancongan.
.
.
Dapat lah kami beli tempat dan kerepek tanah jawa.
.
.
Hari ni, tanpa supir.
.
.
Menaiki Grab, kami perlu repeat untuk ke Batek Hamzah di Malioboro.
.
.
Yang shopping semalam belum cukup. hahaha. First time seumur hidup aku shopping teruk macam ni. Sebab dah beli untuk seorang anak saudara, memang lah tak cukup, kene la beli untuk semua 6 ketul anak saudara. Begitu juga dengan Si Illeya.
.
.

.
Pasar Baringharjo pun setakat lalu depan je.
.
.
Flight kami tengahari.
.
.
Ambik grab berdekatan dengan TITIK NOL JOGJA.
.
.
Balik rumah, kemas beg yang dah beranak tu.
.
.
Ambik another grab untuk ke Airport.
.
.
Lepas isyak selamat kami sampai di Malaysia di Jemput adinda Siti Zubaidah.
.
.
Alhamdulillah. Selamatlah cerita jogja yang tidak ada dalam perancangan.
.
.
Dah kata nak pergi pun masih, kalau jadi-JADI. Kalau tak jadi- TAK JADI.
.
.
Itu dia punya tahap nak dapat travel sebab selama ni kalau elok sangat merancang selalunya tak jadi.
.
.
Thank you Illeya untuk ajakan yang super random tu.
.
.
Setahun lebih tak travel, sekali dapat dalam sebulan, banyak pulak dapat pergi.
.
.
.
Tu lah yang kata; rezeki Allah nak bagi tu tak nampak bila. Bila sampai mudah je Allah lorongkan.
.
.
Alhamdulillah.

Mentang-mentang lah Jogja ni famous sebab ADA APA DENGAN CINTA. SIGN POST MACAM NI MERATA-RATA.
.
.
.
Sedikit sudutan dari trip ini boleh tonton di Youtube.

Comments

Anonymous said…
best jogja

Popular Posts