DHUHA WITH GRATEFUL HEART

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful

Tawaf sunat dan dhuha di dataran.

.

.

Seperti yang semua tahu, kerja-kerja pembinaan giat dijalankan di dalam kawasan masjid terutamanya di kawasan dataran tawaf. Keluar masuk dikawal agak ketat. Jemaah lelaki yang berpakaian ihram sahaja dibenarkan masuk. Manakala bagi jemaah perempuan agak mudah kerana ihram kita adalah seperti apa yang kita pakai sehari-hari, wajiblah menutup aurat dengan sempurna.

.

.

.


Selepas selesai sarapan di dataran luar di hadapan masjid dengan kuliah pagi bersama prof dan ahli kumpulan yang lain dan juga mama, abah dan ucu. Aku minta izin untuk pergi melakukan tawaf sunat, tapi abah tidak berpakaian ihram. Jadi aku pergi seorang diri. Prof sudah pesan untuk semua buat solat sunat dhuha. Kalau mampu buatlah sehingga 8 rakaat.
.
.
.

Selesai sesi tazkirah dan breakfast bersama para Jemaah.

.

.

.

Alhamdulillah Allah permudahkan aku untuk masuk selepas diperiksa beg oleh petugas, seperti biasa di dalamnya hanyalah quran dan buku-buku catatanku. Aku masuk melangkah dengan zikir yang diajar dan berdoa Ya Hafiz Ya Muhaimin untuk menjaga diriku dan niatku supaya tidak terpesong. Seperti biasa dataran tetap penuh dengan ummat manusia yang hadir mencari cinta dan redha Yang Maha Agung.


.

.

7 pusingan yang menjadi saksi kepada ketaatan seorang hamba kepada Penciptanya.




.

.

.

Bukanlah hanya dinding batu berkelambu hitam ini yang dirindui. Namun roh tanah suci yang dimuliakan oleh Yang Maha Suci Al-Quddus. Tanah yang pernah dipijak oleh insan yang paling dirindui iaitu Rasulullah saw. Tanah ini menjadi saksi jerih payah kerja dakwah Baginda. Yang hasilnya, hari ini kita nikmati nikmat Iman dan Islam. Di kawasan Hijr Ismail itu ada usaha untuk membunuh Baginda oleh kaum musyrikin. Dan Dahi suci Baginda pernah sujud di Tanah yang sama.

.

.

.



Selesai tawaf, aku pusing satu pusingan lagi, menikmati setiap sisi Kaabah dan sekelilingnya. Terfikir, sesungguhnya tiada nikmat yang mampu aku nafikan, kerana pendosa seperti aku ini tetap juga dijemput oleh Allah ke Tanah ini.

.

.

.

Sesungguhnya Dia Ar-Rahman Ar-Rahim. Selesai itu aku melangkah ke kawasan solat yang disediakan. Aku memilih untuk ke ruangan yang kedua yang agak terik kerana hampir tiada orang di situ. Aku mendirikan solat sunat tawaf dan kemudian kebelakang untuk untuk mengambil air zamzam yang disediakan untuk diminum.

Ruang yang lebih padat kerana dekat dengan laluan keluar  masuk untuk ruang solat.
.

.

.

 Aku ada masa lebih kurang 1 jam sebelum prof mulakan sesi solat sunat tasbih di ruang solat di tingkat 2 bersama jemaah lain. Hati aku masih ingin untuk terus berada di ruang dataran ini. Aku yakin ruang yang luas ini sebagai tanda untuk aku, kerana kebiasaannya jemaah tidak dibenarkan untuk berada lama di ruang solat di dataran. Cukup sekadar solat sunat tawaf dan kemudian dihalau oleh para petugas untuk memberi ruang untuk orang lain. Aku melangkah kehadapan, sehingga ke benteng yang memisahkan ruang solat dan ruang tawaf.

Dan kawasan yang lebih panas ini sangat lapang, Alhamdulillah.

.


.

.


Aku meletakkan beg aku dihadapan dan aku berdiri betul-betul dihadapan Kaabah yang menjadi qiblat seluruh ummat Islam di dunia ini. Dan saat itu aku berdiri kurang dari 15 langkah dengan Kaabah.

In my heart, I said to Allah: This is our moment. Ya Allah this is only between You and me.

.

.

.

Pesanan Prof aku semat dihati. Kalau di Malaysia, dhuha yang didirikan saban hari untuk memohon rezeki dari Allah, memohon itu dan ini. Untuk kali ini, dirikan Dhuha untuk mengira-ngira dengan Allah akan segala nikmat yang engkau telah terima hingga ke saat ini. Aku teringat juga huraian surah Ad-Dhuha dari Sheikh Taufiq Chawdry.

.

.

.

Walaupun cahaya pagi agak terik, namun hati ini damai. Saat sujud, terasa sejuk dingin lantai meresap ke dalam diri.

.

.

.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, atas kasih dan sayang Mu aku berada di tanah ini. Ya Kabir Ya Mutakabbir, Engkau Yang Maha Besar dan hanya Engkau yang layak dibesar-besarkan. Aku ini terlalu kecil lagi hina dan tiada upaya padaku selain yang diberi pinjam oleh Mu Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin.

.

.



Dari satu sujud ke sujud yang seterusnya. Hinggalah ke salam yang terakhir.

.

.

Mana mungkin habis untuk aku hitung nikmat yang aku dapat sepanjang hidup ini. Keluh kesah aku selama ini, bukti betapa aku kurang bersyukur.

.

.

Ya Allah terima kasih untuk segala.

Ampunkanlah segala kelemahan dan kekurangan aku, kedua ibubapaku, guru-guruku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan anak didikku. Janganlah sesekali Engkau biarkan kami jauh dari RahmatMu.

.

.

1001 rasa terus berbuku dihati hingga kesaat ini.
.
.

Alhamdulillah







Comments

Popular Posts