RINDU, Aku dan UMRAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful



Sebuah kenangan yang akan terus kekal sampai ke akhir hayat dan untuk rindu yang tiada noktah sehingga berhentinya degup jantung ini.

Episode dari perjalanan umrah December 2017.
.
.
.
 Setahun yang lalu.
.
.

Beberapa hari sebelum berangkat ke Umrah. Allah takdirkan aku uzur. Dap!! sentap hati. sedih dan kecewa. Memikirkan adakah aku mampu sempurnakan urusan ibadah umrah nanti.
.
.
.
Pagi Jumaat 12 RabiulAwwal, kami tiba di Airport Jeddah untuk masuk ke Kota Makkah. The experience in the airport was another whole different chapter.

The view when we first landed.

.
.

Kami sudah berada dalam keadaan ihram bermula dari Miqat di dalam pesawat. Hati terus tidak keruan. Sedih, namun tetap cuba untuk positif.
.
.
Para jemaah lelaki saat sampai ke hotel, terus bergerak ke Masjidil Haram untuk menunaikan Solat Jumaat.
.
.
Aku Allah aturkan untuk membantu menguruskan beg para Jemaah dan membantu menghantar makanan untuk para Jemaah.
.
.
Selepas Jumaat, jemaah dari kumpulan aku bersiap-siap untuk melaksanakan umrah wajib mereka, termasuklah mama, abah dan ucu.
.
.
Dan aku menjadi tukang tolak wheelchair dan membantu apa yang patut. Dalam group jemaah, pasti ada yang uzur. Allah masih tak izin aku untuk menyempurkan ibadah umrah namun Allah jadikan aku alat untuk membantu orang lain.

Ruang yang menjadi tempat tidur dan tahajud kami, hampir setiap malam. Alhamdulillah.
This is far better than any 5 stars hotel in the world.

.
.
.
Allah takdirkan CJ juga uzur. Mutawwifah jemaah kami. CJ terus-menerus pesan. Banyakkan zikir dan doa. You're in the blessed land. don't waste it with your sadness and frustration. Ini juga rezeki. Di bumi barakah.
.
.
Setelah jemaah yang lain semua masuk mengerjakan umrah mereka, CJ tarik aku ke pintu King Aziz. Dan dihadapan aku berdiri megah Kaabah yang disarung kelambu hitam. I can feel the lump in my throat. I'm crying. I can't believe that I'm here. Standing and looking at the Kaabah. It's so close yet so far.
.
.
.
Detik hati. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Razak. Terima kasih untuk peluang ini. Terima kasih untuk jemputan ini. Izinkan lah aku untuk menyempurkan Ibadah umrahku.  Aku tidak pasti bila lagi rezeki untuk ke sini akan datang buat diriku yang sangat terikat dengan keperluan mahram untuk kembali lagi. Izinkanlah aku Ya Allah..
.
RUANG RINDU DAN CINTA

.
.
Bersama CJ, habis seluruh Masjidil Haram aku pusing. CJ kenalkan tempat aku boleh lepak dan berdoa; di Mas'a. Kedai dimana aku akan belikan makanan untuk para Jemaah sepanjang di Makkah ini.
.
.
.
Sehari berlalu, Dua hari berlalu. Aku masih dalam Ihram. Pantang larang terus dijaga dengan baik. dan hati aku makin kuat meronta. RINDU.
.
.
.
CJ bisik. JANGAN SEDIH. Rezeki ALLAH BAGI JUGA NI. Allah tahan dulu, nak suruh bagi rasa rindu tu tertusuk dalam hati. Berpegang kejap. Allah nak kepit hati tu dengan rindu. Rindu hanya pada Dia. Ini rupanya Manisnya rindu. DAH ada depan mata tapi masih jauh.
.
.
.
Hari-hari terus berlalu. Mathurat, Ar-Raheeq Maktum dan Journal terus jadi teman. Teman meluah rasa dan teman mencari kekuatan. Membaca sirah di tempat ia berlaku. Kesannya pada Jiwa, SubhanALLAH. RINDUNYA pada Rasulullah.


.
.
.
Saat orang lain solat, aku duduk terus di MAS'A. Tempat orang melakukan sai'e. Antara tempat mustajab doa. Baris mathurat aku baca dan hadam maksudnya. Aku berkenalan dengan mathurat dari usiaku 13 tahun, namun tak pernah lagi aku menangis seteruk ini. Ini rupanya kesan rindu dan Cinta. Allah Ya Wadud serapkan dalam hati.
.
.
.
Hari ketiga, Alhamdulillah. Aku sempurnakan solat asr. Solat wajib pertama. 4 rakaat yang paling manis dalam hidup. Sujud yang penuh dengan rasa Syukur. Allah sahaja yang boleh rungkai rasa yang terpendam selama 3 hari penantian.
.
.
.
Selesai solat maghrib berjemaah di Masjidil Haram. Bersama mama, aku masuk ke Dataran Tawaf buat kali pertama. Memimpin kemas tangan mama, melaksanakan umrah wajib yang pertama dalam hayat ini. MengAminkan setiap doa yang dibacakan oleh mama. dan hati yang tak putus dengan rasa syukur. Allahu.
.
.
.
Selesai solat Isyak. Aku terpisah dengan mama, dan sendirian aku bergerak ke Mas'a. Ruang yang menjadi my personal space selama 3 hari yang berlalu. Sendirian aku sempurnakan sai'e. Dan selesai dengan Tahallul. SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.
.
.
.



Sendirian aku duduk di dataran yang lengang kerana jam sudah lebih pukul 11 malam. Aku duduk mengadap masjidil haram dan mendongak ke langit. Ini hakikat rindu. Rindu yang sebenar dan rindu yang paling manis. Dan segala rasa itu dilunaskan dalam sujud yang panjang.

TEMAN BERKONGSI RASA.

.
.
.
Allahumma Ya Wadud Ya Quddus. Terima kasih untuk segala rasa ini. SEMOGA RASA RINDU INI TERUS KEKAL DALAM JIWA INI, yang kadang kosong dan sibuk mencari cinta pada dunia dan bukan CINTA PADAMU YA ALLAH.
.
.
.
And I know that my  heart will longing to be in this state and in this state for the rest of my life. May Allah gives me the chance to repeat this journey again.

Comments

Popular Posts