14 February 2016

Nasi Pakapow

Pagi tadi ada kawan Uia mesej dalam group, mintak resepi pakapow. Teringat katanya. Aku pernah belikan dulu-dulu masa zaman uia dan lepak makan sama-sama.

Memang agak famous jugak la pakapow ni kat kedai makan area gombak dulu.

aku pulak minah motor yang selalu keluar cuba makan kat luar dan kadang-kadang beli jugak la makanan untuk kawan-kawan. ada jugak yang rindu rupanya.

kakak buat dua version telur: dadar and poached egg

Sampai ibu mengandung mintak resepi. Walaupun sebenarnya aku sendiri pun baru dua tiga kali pernah buat. Tu pun kira try and error. dah lama sungguh tak buat menu ni. Cuba jugak la untuk kawan aku sorang ni.


So sebelum nak bagi resepi kat orang, kene la experimen dulu kat dapur sendiri.

Resepi ini pun improvise ikut selera dan bahan yang available.

bahan banyak ni cukup la untuk 6-7 orang makan.

Sebelum tu kenapa pakapow and apa dia pakapow ni?


Kita panggil pakapow tapi sebutan sebetulnya adalah Phad Krapao atau pad krapao. Pad krapao bermakna Basil stir fry atau digoreng dengan daun thai basil krapao. Ini adalah masakan yang berasal dari thailand.

 

senang cerita daging cincang goreng dengan daun selasih.

 

resepi paling simple dan bahan yang sangat ringkas.

 

bahan

1/2 kg daging cincang

1 biji bawang holland potong dadu kasar2.

10 tangkai cili padi, hiris

setengah tin cendawan butang, hiris

2-3 tangkai daun selasih fresh/ basil.

 

seasoning

1/2 sudu besar garam

1 sudu besar gula

2 sudu besar sos tiram

1/2 sudu besar perencah hilal atau perasa

2 sudu kecil black pepper 

1 biji limau nipis

 

cara-cara:

1. tumis bawang sampai keemasan, masukkan separuh cili yang dihiris tadi dan daun basil sampai naik bau.

2. masukkan daging dan garam dan perencah hilal.

3. sampai daging masak, dan masukkan seasoning lain dan baki cili padi dan cendawan. sebelum angkat perah limau nipis. gaul rata.

4. then siap, makan dengan nasi putih panas dan telur mata kerbau sebijik. kalau rasa kering sangat partnerkan dengan sup kosong. nyum3.

dah siap.

petang tadi dah  hadap semangkuk. sambil tulis ni dah lapar balik. 


selamat mencuba.

tempting betul telur kuning tu.

kalau perasan, resepi asal ada letak sos ikan. tapi sebab tak berapa gemar so tak letak dan cendawan and limau nipis tu kakak improvise ikut cita rasa sendiri. use your creativiti untuk sesuaikan dengan taste bud masing-masing. dan boleh jugak ganti daging dengan ayam.

enjoy!!



 

 

No comments: