4 February 2016

Cream Tomato Spagetti

Semalam mama dah cakap nak mintak tolong buatkan dia spagetti sause untuk potluck kat sekolah dia.. kakak cakap on je, cume mintak tolong mama belikan barang-barang sebab balik sekolah lewat semalam.

Habis kerja lewat semalam, 6.50 petang baru sampai rumah. lepas magrib tertido sampai pagi. 

Pagi tadi pukul 5 bangun, tersentak la sebab sepatutnya prepare sause semalam lagi.

terkocoh-kocoh ke dapur sampai baju kerja pun mintak adik yang iron kan. 1 jam bersilat kat dapur. dah la bahan tak prep langsung lagi, huhuhu

Alhamdulillah. kalut-kalut selesai jugak masak dalam masa yang dijanjikan.

Portion masak pagi tadi agak besar jugak untuk 20-30 orang makan.



Sause

bahan-bahan
2kg tomato ( rebus dan buang kulit)
6 ulas bawang putih
2 biji bawang holland ( dadu )
3 tin ready made spagetti sause (prego/kimball)
2 kg isi ayam kisar
black pepper 3 sudu besar
1-2 sudu oregano
3 helai bay leaves
gula 7-10 sudu besar ( ikut cita rasa)
carrot 3 batang ( parut halus)
3 tin cendawan butang ( slice)
garam 3-5 sudu, depend pada kuantiti air jugak.
3-4 liter air
roux -
1 ketul butter
3 cup tepung gandum
2 tin susu cair
spagetti/any pasta you like. 4-5 packet should be enough

 


steps

1.rebus tomato dengan minyak sikit, dalam 2 minit, tos dan siat kulit dia.
2. masukkan tomato, bawang putih, oregano dan blend.
3. tumis bawang besar dan masuk kan isi ayam. lepas masak keluar kan balik dari periuk.
4. prepare roux( sebab kuah nak banyak, bajet ciput so kakak pekatkan pakai roux)
    roux- cairkan butter, masukkan tepung gaul rata dan masukkan susu perlahan-lahan. 
5. selesai roux, baru masuk bahan yang dah kisar tadi dan sos ready made. masukkan sekali air daun bay gula, garam dan black pepper. 
   note: ( air tu letak 2.5 liter dulu, tambah air bergantung pada kepekatan sauce)
6. dah mendidih, masukkan ayam yang dah masak tadi, carrot dan mushroom.
7. biarkan sauce mendidih lama sikit dan boleh adjust rasa dan kepekatan dia.
8. done. rebus spagetti then makan.
   note : if terlebih air and kuah tu macam cair sikit, boleh tambah roux or lebihkan tomato la kot.     hari ni masak kalut-kalut sikit so portion dia still kene adjust. sebab pagi tadi kuah cair skit so kakak buat roux sampai 2 kali. plus version asal ada letak cheese, ni sebab semua under calories control. so no cheese tapi rasa dia tak lari sangat la. wehehe

kakak suka version ni sebab dia creamy sikit at the same time ada masam, manis tomato dan hint pedas black pepper.   





 Happy cooking and happy holiday.

Thursday is a happy day.
because Friday is a holiday..
Alhamdulillah survive.
 



 

No comments: