sampan kecil

kisah hati, coretan hati, soal hati.
ia sering dipersoalkan.
mencari makna hidup dan matinya sekeping hati ini.
hidupnya hati kerna mencari Cinta Tuhannya.
matinya hati kerna mencari cinta dunia.
kembara sekeping hati 
berbolak-balik seperti sampan kecil dilautan yang luas terbentang.
warna sekeping hati itu mengikut laku si tuan empunya
hitamnya hati kerana dosa dan nodanya
bersihnya hati kerana amalnya diterima Sang Pencipta
Namun sekeping hati itu tak boleh dibiarkan terumbang-ambing dengan rentaknye sendiri
bimbang sesat tanpa arah
harus ada si pendayung yang keras berusaha mencari arah
sekeping peta menjadi penunjuk arah
hai manusia
dayunglah hatimu mengikut peta al-quran dan sunnah

4.56 ptg 14/09/2011


Comments

Popular Posts