Mak Cik Baik di Hiroshima

Major throwback. Sementara menunggu masa naik flight untuk trip seterusnya. Saja mengimbau cerita yang lepas. Hehehe



Setelah 4 hari berpusing-pusing di Osaka,Kyoto dan Kobe. Kami turun ke bahagian lebih bawah di Jepun iaitu Hiroshima.

Asalnya kami ingin bergerak seawal pagi. Namun dek keletihan kerana banyak makan buah langsat di area Osaka dan Kyoto. Masing melajakkan waktu rehat dan mengambil masa untuk repacking barang-barang kami.

Agak tengahari kami meninggalkan rumah Faizah, student malaysia di sana. (Tq so much for your kind treatment Faie.) Keluar pulak hujan renyai-renyai. Tapi yang penting sebelum tinggal Osaka, sekali lagi kami singgah di kedai 100yen berdekatan umah Faie, mendapatkan stock hotpack.

Dari Osaka station kami menaiki Bullet train ke Hiroshima. Memakan masa lebih kurang 1 jam setengah. Waktu kami sampai di Hiroshima. Hari dah beransur gelap. Winter lah katakan. Malamnya awal.



Sampai di Hiroshima kami blur2, berfikir bagaimana cara terbaik untuk menuju ke JHoppers Hostel yang dah kami booking. Dikaunter pertanyaan. Mereka cadangkan kami menaiki Hiroshima City tour bus, sebab JrPass kami cover sekali. Dah ditunjukkan di mana kami perlu berhenti dan dimana kami boleh mengambil bus. Akak dekat kaunter tunjuk escalator, sampai kat escalator tu, dua-dua side menunjuk arah keatas.

Ah sudah! Nak tanya banyak-banyak, kami ni ada masalah interaksi bahasa, walaupun kadang diorang faham apa yang kami cakap, kebanyakan diorang reply in Japanese jugak. So agak pointless la.

Dalam duduk mencari arah, mungkin sebab muka kami-kami ni terlalu blurr. Datang la seorang mak cik (tapi aku agak umur dia dah tahap nenek-nenek la), datang nak tolong kami. Dekat tangan aku tu ada pamplet bus tu, yang warna merah menyala.

Dia cakap kami tak faham, dari bahasa tubuhnya, dia tau kat mana nak naik bus tu. Dia suruh kami ikut dia. (Sila bayangkan keadaan kami dengan beg berbondon -bondon). Laju gila dia jalan. Kami ni dah tahap lari-lari anak nak ikut dia jalan. Sampai la dekat satu lift, dia suruh kami naik untuk turun tingkat bawah.
Dia tunjuk muka dia, and cakap dia tunggu kami dekat bawah. Fyi, mak cik tu turun ikut tangga biasa. Kami masa tu macam percaya tak percaya jugak. Ye ke dia nak tunggu kami kat bawah, ni dia suruh kami naik lift pasal kesian kat kami bawak beg banyak-banyak ni la kot.

Sampai kat bawah memang mak cik tu tunggu kami dekat bawah. Sampai je dekat dia, cepat-cepat dia suruh kami lari. Dia pun lari sekali la, dia hantar kami sampai depan muka pintu bus, siap bagitau beratur macam mana.

Ajaibnya, kami seolah-olah faham apa dia cakap, sedangkan dia berbahasa jepun kami ni berbahasa English time tu. Yang last tu baru la kami dok ulang, arigato gozaimasu, arigato gozaimasu.
Plus malu jugak la kami yang muda belia ni turun lift, dia selamba turun tangga. Dah tu dia sampai dulu pada kami.




Dah selamat naik bus, kemudian bersambung episode makan buah langsat nak cari JHoppers Hostel.


Walaupun aku tak tau nama mak cik tu apa, tapi memang nak ucap terima kasih atas budi baik makcik tolong kami, strangers di bumi Samurai.

P/s: suhu paling best sepanjang kami dekat jepun ada time dekat hiroshima. 16 darjah celcius. Best je jalan-jalan.

Comments

Popular Posts