7 October 2015

Laksa Penang Sardine

Kerana bunga kantan percuma, malam ini tiba-tiba lah aku jadi terlebih rajin

.Dalam rajin ada malas, laksa penang memang my fav la especially kat terengganu payah nak jumpa orang jual laksa penang pakai laksa clear nih. 

Tapi yang payah tentang masak laksa is Ikan. Aku kagum dengan orang yang rajin menyiang and perisi ikan and aku bukan orang itu. Topic asal lepas keluar cerita bunga kantan ni, kononnye nak masak Laksa Johor pasal kawan-kawan aku cakap aku n Johor celup and mesti la tau masak laksa johor. Padahalnya, makan pernah la, masak sendiri tak pernah kot. Berusaha la aku cari recipe laksa johor. Mintak dengan sedara-sedara and kawan2 orang johor. Alhamdulillah dapat la satu recipe yang best. Tapi sebab belum betul-betul ready nak berlaksa johor makaAlternative yang ada is sardin and it's working. First try and I love it. Kene dengan selera and my style plus x payah susah menyiang and perisi ikan. I like. I am sure lepas ni lagi rajin la aku buat laksa penang. hehehe

Bahan-bahan:A: (blend)
1. 2 tin sardin (ambik ikan sahaja dan blend asing dari bawang)
2. 8 labu bawang merah( bwg kecil)
3. 5 ulas bawang putih
4. 15 tangkai cili kering( rebus dan kisar)
5. 1/2 sudu kecil belacan. (tak boleh banyak sebab ramai sangat yg allergic kat rumah ni)
6. cili padi 5-6 tangkai (depend pd selera pedas masing-masing)
7. lengkuas 1 inci (ni tambah sendiri, optional)


              

B: (bahan kasar)
1.  bunga kantan 2 kuntum
2. daun kesom secukupnya
3. 6-8 asam keping( atau lebih, sebab bergantung pd tahap masam dia)
4. Daun pudina secukupnya.


C: ( side)
1. telur 
2. cili potong
3. limau kasturi
4. Salad dan timun


Cara:
tumis bahan yang di blend dgn sedikit minyak. dah naik bau wangi masukkan ikan dan air secukupnya, Ikut kadar kepekatan selera anda.  masukkan bahan kasar dan garam dan gula secukupnya. biarkan mendidih. lagi lama kita biar kuah tu mendidih lagi sedap. 
Laksa penang ni about balance, cukup masin, manis and masam dia.sedap lah. Alhamdulillah, menjadi dan puas dapat makan.

p/s: recipe sesuai untuk orang malas macam saya. dan sedap untuk orang yang suka makan macam saya. selamat mencuba. Setakat beberapa percubaan. Saya prefer sardin jenama pertima.





No comments: