kembara Ramadhan

Kembara Ramadhan yang berbeza kali ini. Alhamdulillah diberi nikmat Ramadhan sampai ke hari ini. Kembara kali ini lebih kepada kembara mencari nilai diri. Mencari value dalam hati, membaiki dan menampung di kurang.

Semangat yang lahir dalam bulan ini tak layak disia-siakan, takut aku jadi hamba yang bongkak dan sombong. Alhamdulillah di murahkan rezeki untuk bersama-sama dengan kedua ibubapa. Masih menjadi anak dara yang duduk bawah ketiak mama dan abah, yet aku bangga!!

Aku tahu tak layak aku menegur sesiapa kerana amal yang masih compang-camping bah koyak rabak di sesetengah tempat. Namun aku pegang pada Ayat Allah : Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali manusia yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling nasihat-menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.

Jiwa pendidik sentiasa mahukan kebaikan untuk anak-anak didiknya, jiwa seorang Muslim sentiasa mahukan saudaranya bersama ke Syurga. Semoga kita terus beramal dan saling membantu antara satu sama lain.

p/s:catatan pendek Inspirasi petang Ramadhan. Kita hamba bukan siapa-siapa. Tapi kita mahu jadi hamba yang disayangi dan dirahmati.

Comments

Popular Posts