A Clean Slate.

Kadang bila kepala tak mampu lagi nak menguruskan rasa dan fikir, maka aku tahu yang aku perlukan a long drive without destination. Sambil memandu, setiap satu perkara aku cakap pada diri, ada yang perlu direfleksi, ada yang perlukan jalan baru dan ada juga perkara yang aku perlu learn to let go. 


Sabtu lepas, setelah 3 hari hujan tanpa henti, I knew that I need that drive. 7.30 a.m. , I simply decided to go out for a roadtrip. Drive punya drive, sedar-sedar dah sampai ke Kampung Jambu Bongkok. One of my favourite beach in Terengganu. Bila dah masuk monsoon ni, faham sahaja la macam mana rupa laut. MasyaALLAH. 



Apa reflection of the day aku dapat bila tengok ombak dan laut yang ganas macam tu? 


Dosa, antara manusia dan Allah. 


Kita semua manusia biasa yang tak dapat lari luka. Melukakan dan dilukakan. Dan kita biasa dengar nasihat orang bila kita terluka untuk kita maafkan tapi jangan sesekali melupakan, dengan harapan supaya kita takkan terkena untuk kali yang kedua. My stand? I agree to disagree. 😉


Pada aku personally, kita patut belajar maaf dan lupakan apa yang seseorang buat pada kita. Tapi jangan lupakan segala lesson dari luka tersebut. Maksud aku, bila kita maafkan seseorang, kita tak perlu lagi ada dendam, kita patut restore our trust and rekindle our relationship. Maaf dengan let go of our negative thoughts about the person. 


Aku teringat bagaimana Rasulullah maafkan orang yang membunuh bapa saudara Baginda, Saidina Hamzah R.A, dan pada masa yang sama Rasulullah mohon agar orang tersebut tidak selalu muncul di hadapan Baginda because that person reminded him about the devastating event of losing one of his most beloved uncle. Tapi bukanlah Baginda benci pada orang yang membunuh itu tapi Rasulullah saw just can't forget the sadness of losing his uncle. 



Kita sebagai manusia biasa tak akan lari dari melakukan kesilapan dan mengulangi kesilapan yang sama. Sebagaimana kita akan selalu memerlukan kemaafan daripada seseorang, begitu juga akan selalu ada orang mengharapkan kemaafan daripada kita. This is a cycle of life. 


Biasa kita dengar, "alah, dia minta maaf tu bukan ikhlas pun!"

Satu soalan aku ingatkan pada diri aku sendiri kalau ada terfikir perkara yang sama, 

"kenapa kau nak rumitkan hidup kau dengan fikirkan niat dalam hati orang?" 

Urusan niat kita serahkan pada Allah.


"....kemaafan kamu itu lebih dekat kepada takwa." ( 2:237) 



Teringat satu pesan daripada Ustazah aku;

"kita hidup jangan nak carry bag of rotten potatoes ke sana ke sini."


APA ROTTEN POTATO YANG DIMAKSUDKAN?

 

KENTANG BUSUK adalah representative untuk segala bentuk perasaan negatif dalam hati kita, benci, dendam, marah, kecewa dan macam-macam lagi. Kita pakai cantik-cantik siap dengan tudung matching siap sembur minyak wangi lagi, tapi dalam beg kita, kita isi penuh dengan kentang busuk, makanan basi. Boleh bayangkan tak situasi tu? 

What is the point of wearing that perfume? Useless kan? 


Sama macam maaf kita, kalau maaf itu sekadar dimulut tapi tidak dihati. Adakah itu kemaafan yang sebenar yang kita maksudkan? 


Dan dekat sini kita perlu belajar to let go and let God.

Kita belajar memaafkan dan kita minta Allah lembutkan hati kita dan berikan kita kekuatan untuk tumbuh tumbuh kembali dari luka itu. Urusan dengan manusia ini terlalu sukar untuk diuruskan, apatah lagi kalau kita mahu menangguhkannya ke akhirat nanti. 

And it comes to my final reflection;





Antara kemaafan manusia dan keampunan Allah. 


Bila aku tengok macam mana ombak ni hapus jejak kaki aku, terus aku imagine macam mana Allah  Yang Maha Penyayang mampu untuk hapuskan segala catatan dosa kita manusia dan gantikan pula dengan kebaikan. A clean slate. Subhanallah. 


Cara Allah mengajak kita untuk mencari keampunan Dia, ada kelembutan bersama manisnya nilai keampunan tapi dalam masa yang sama juga ada amaran akan beratnya hukuman yang disediakan. Dalam Islam fear dan hope adalah neraca yang perlu seimbang.




Berbalik kepada kemaafan kita sesama manusia, belajarlah memaafkan. And I think that we need to truly learn how to forgive and stop carrying our bag of rotten potatoes. 

We need to learn to start over on a clean slate. 


Forgive and replace it with goodness. 


"..., sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran. (2:221)


Semoga Allah bantu kita untuk memaafkan dengan harapan Allah akan mengampun segala dosa kita. Dan semoga Allah sembuhkan luka kita dan ganti dengan infiniti kebaikan, bukan sekadar di dunia bahkan yang lebih baik untuk akhirat kita. InsyaAllah.


Dari sesi refleksi pantai ini, semoga aku mampu belajar untuk memberi selaut kasih dan sepantai sayang kepada semua yang Allah takdirkan untuk aku berinteraksi. 

 








 

Comments

Popular Posts