Skip to main content
Catatan buat Kita Generasi Merdeka
perjuangan menggapai kemerdekaan mungkin telah lama berjaya
kemerdekaan juga telah kita kecapi
namun perjuangan mengekalkan kemerdekaan itu masih terlalu jauh.
mengenal erti merdeka yang sebenar itu bukan mudah,apatah lagi dalam membina generasi penyambung kemerdekaan.
sebagai pendidik akau dapat merasakan pahit getir mendidik anak bangsa,
tempatku bukanlah jauh di pendalaman
tempatku bukan lah ketinggalan dari pembangunan teknologi
tempatku bukan lah yang tak cukup infrastruktur nya
tempatku semuanya cukup bah kan lengkap.
guru-gurunya juga graduan dari universiti
dedikasinya mereka hingga sudi bekerja 7 hari seminggu.
namun generasi muda itu,
bila dalam jiwa mereka hanya tahu soal keseronokan,
bila jiwa mereka meronta minta kebebasan,
bila jiwa mereka hanya mahu yang mudah-mudah
bila jiwa mereka tidak lagi mengenal erti hormat.
tidak dinafi masih ada segelintir yang tidak begitu,
namun melihat pada majoriti, itulah hakikatnya.
generasi yang mahu hidup dalam bebas dan gah
tapi sebenarnya mereka hanya hidup dalam kepompong
iaitu kepompong yang bernama hiburan,
mereka merasa terlalu bebas hanya kerana mereka mampu mencapai apa sahaja di bawah jaringan internet.
sedang mereka lupa soal ilmu dalam erti kata sebenar.
merdeka kah mereka andai tanpa ilmu menjadi kompas kehidupan?
generasi merdeka yang ada dihadapanku
adalah generasi yang merasa buku sebagai musuh bukan rakan
generasi yang merasa nasihat guru dan ibubapa itu sebagai momokan menghina
anak bangsa,
merdeka ini takkan beerti tanpa mu
merdeka ini diperjuangkan untuk kamu
untuk menjadi warga bangsa yang bangga, bebas dan bermaruah.
bangga menjadi pewaris kemerdekaan
bebas sebagai pencinta ilmu
bermaruah dalam menegakkan kebenaran
p/s: catatan merdeka,
semoga Malaysia akan Merdeka dengan erti kata yang sebenar.
jam 3.30 pagi 31 August 2016
Comments