pagi hening...
Pagi hening tiba lagi
Sujud kesyukuran telah ku selesaikan
Hati ku tenang
Bermelodi zikir bersama sang burung menjadi latarnya
Tumbuhan, alam, dan diri ku bertambah lg usianya
Semalam sudah berlalu pergi.
Apa liku yang akan kulalui hari ini?
Adakah sama seperti semalam?
Apakah lebih teruk dari semalam?
Atau hari ini ku menjadi lebih baik dari semalam.
Aku tersenyum seketika.
Haruman pagi menyapa.
Subhanallah. Nikmat mu sungguh agung.
Alhamdulillah. Aku masih mampu bernafas.
Pagi hening punya seribu rahsia alam.
Udara sejuknya mengalir di seluruh urat nadi ku.
Pemandangan hijau menyapa mataku.
Irama merdu sang burung terus menjadi halwa telingaku.
bersyukurnya aku pada mu tuhan..
Aku masih punya hati yang rindu pada mu.
Pagi hening ini ENGKAU zahirkan keagungan ciptaan mu.
Aku hamba hina, hanya mampu berusaha.
Aku usaha untuk jadi pencinta agung mu.
ALLAH,ALLAH,ALLAH.
Terus jadi kalimat ukiran di hati ku.
Rumah tok, 6.57a.m, 25 May 2009
benda alah ni aku tulis time b4 masuk gombak aritu.. practice skit..
tajamkn mata pena. sempena tahun baru ni mungkin ada suntikan semangat disini. mungkin sekarang aku ada pd peringkat mengeluarkan diriku. siapa aku, di mana aku.. sungguh aku sedang menyemai rindu..
Comments
salam maal hijrah :D