JEJAK TANAH SAMURAI PART 6: Salji dan Si Kaki Ketam
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful
. . .
24 Dec 2015
Sampai dekat Sapporo dalam pukul 4 ptg, hari pun dah gelap. Kami pusing dalam mall tengok apa yang ada. Lepas tu cari subway untuk ke Airbnb yang dah disewa dekat sini.
.
.
Cuaca dekat luar dah tahap negative. Salji cair yang dah jadi ice. Jalan licin, dan gelap. Dengan keadaan yang sangat unfamiliar. Tanpa internet connection. Berpusing-pusing lah kami mencari apartment yang disewa. Beg berat, jalan licin, tempat tak kenal. Redah aje lah.
.
.
Last-last kami tanya orang yang lalu lalang dekat situ, Alhamdulillah, lelaki ni baik hati sangat tolong search kan location dan siap hantar kami sampai depan apartment.
.
.
Ambil kunci dan masuk rumah, seriously nice and sweet je rumah. masuk rumah terus pasang heater. Basuh baju, dan aku dan Illeya turun pergi family mart cari telur dan onigiri untuk dinner.
Kat rumah tu dia just sedia dapur tapi perkakas memasaknya tiada. Kami just masak guna microwave and masak air dalam heater.
.
.
Dah dekat tengah malam tu, salji turun. Sejuk dan cantik sangat. Subhanallah.
.
.
25 Dec 2015
.
Destinasi hari ni, destination nak ke Hokkaido Historical Village.
.
Kami kami dah keluar, naik subway, tukar station dan naik bus untuk sampai ke sana.
.
Sampai Sapporo station, kami excited lagi tengok salji turun. Tapi sebab ramai je orang yang ambil gambar jugak, kami join la sekali.
.
Lepas kami booking tiket train, kami terus naik ke platform. Sepatutnya kami perlu tunggu dalam dua minit. So kami kita train yang first sampai ni bukan train kami perlu naik lagi la, tiba-tiba pegawai yang dekat kaunter tadi berlari-lari naik tangga, suruh kami naik the first train ni.
.
.
Terkejut dan kagum sangat. Beza train tu hanya 2 minit. Kalau kami terlepas train yang pertama tak ada masalah sikit pun, tapi sikap mereka yang sangat menghargai masa. 2 minit itu sampai keluar dari kaunter dan cari kami di platform untuk pastikan kami dapat naik train yang lebih awal. Kalau compare dekat Malaysia. Who cares about two minutes? Kita set date pun boleh datang lewat setengah jam. Kita yang beriman dengan surah Al-'Asr ni, macam mana sikap kita terhadap waktu. Allahu. Malu sangat rasa time tu.
.
.
Hokkaido Historical Village cantik sangat.
Tempat ni macam perkampungan traditional la, banyak bangunan-bangunan bersejarah dekat dalam tu. Dalam rumah-rumah tu ada macam musuem. Boleh tengok dan study tentang culture mereka. Menarik.
Tapi tengah-tengah jalan tu, lebat betul salji turun. dengan anginnya. Memang faham la bila orang cakap sejuk sampai ke tulang. Memang sampai ke tulang betul. Cramp kaki tangan. Tapi sebab salji, semua dah perangai macam kanak-kanak riang.
.
Sampai dah tak tahan sangat barulah menumpang berteduh dalam salah satu bangunan tu. Ni bangunan sekolah. dekat hall tu ada dia pamerkan patung-patung dengan jenis-jenis pakaian sekolah.
.
Dah la bangunan tu besar, kami je ada dalam tu. Terasa la macam haunted pun ada. 👀👀👀
Time ni orang lain semua duduk dalam bangunan. kami je yang gigih main salji walaupun sejuk dia tahap nak beku dan sakit rupanya kalau sejuk sangat.
.
.
Siang dekat Sapporo lagi pendek, dekat pukul 4 dah gelap.
.
Kami balik ke Sapporo station. Cari tempat solat dan cari alas perut.
.
Ni muka baru siap menumpang solat dalam fitting room Uniqlo. Lepas tu kami cari coffee dan try pastry hokkaido.
Lepas tu, kami sambung trip, nak cari makan pulak. Bukan setakat datang nak main snow, kami jugak datang Sapporo nak makan snow crab. Nak cari kedai Buffer seafood; Nanba.
.
Ni hasil cadangan dari adik-adik students yang kami jumpa dekat Osaka haritu.
.
Mahal sikit, tapi kalau compare dengan harga seekor snow crab yang boleh cecah RM200, kira okay sangat la nak makan.
Misi mengorek isi ketam |
Muka dah kenyang. |
Dari Nanba kami balik ke Sapporo station. Sambil menikmati the white city of Sapporo.
Time dekat Sapporo station, salji turun lagi lebat. Boleh tahan tebal la, kami buat kerja gila, pergi buat perang salji dekat luar. Seronok sebab tak ada orang tengok pun, sebab yang sengal macam kami je sanggup tahan sejuk demi salji.
Alhamdulillah. Misi salji dan si kaki ketam berjaya. Balik apartment semua kepenatan.
.
Here the poem that express my feeling for the day.
Desert Places
By Robert Frost
Snow falling and night falling fast, oh, fast
In a field I looked into going past,
And the ground almost covered smooth in snow,
But a few weeds and stubble showing last.
The woods around it have it--it is theirs.
All animals are smothered in their lairs.
I am too absent-spirited to count;
The loneliness includes me unawares.
And lonely as it is that loneliness
Will be more lonely ere it will be less--
A blanker whiteness of benighted snow
With no expression, nothing to express.
They cannot scare me with their empty spaces
Between stars--on stars where no human race is.
I have it in me so much nearer home
To scare myself with my own desert places.
Comments