UJIAN TAPI RAHMAT
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful
Kisah bermula dari episode Trip Geng Bujang.
.
.
Sempena cuti Merdeka 31 Ogos.
.
.
Sahabat-sahabat dari alumni IIUM datang ke Terengganu
.
.
.
Datang nak bercuti di Pulau Kapas.
.
.
Dan aku sebagai tuan rumah.
.
.
Muka baru turun bas |
.
Pagi Jumaat rombongan mereka sampai ke Terengganu.
.
.
Aku jemput dan singgah membeli the typical Terengganu breakfast for them: Nasi Dagang.
.
.
Balik ke rumah dahulu.
.
Dan terus bersiap untuk memulakan Jaulah Bujang kami.
.
.
.
.
Destinasi pertama adalah kuliah dhuha pagi Jumaat: Ambil pengisian roh dahulu.
.
.
DAN aku seronok tengok mereka semua excited dengan suasana pasar traditional pagi jumaat itu. belum sempat apa-apa, masing meriah membeli belah.
.
.
.
.
Lebih kurang 11 pagi, kami bertolak ke JETI MARANG untuk ke Pulau Kapas.
.
.
Excited masing-masing memang jelas dekat muka.
.
.
.
.
Lebih kurang 30 minit, kami sampai ke Tapak Perkhemahan.
.
.
.
Masing-masing kononnya nak mengimbau kenangan tidur dalam khemah.
.
.
Tak apa lah. Tuan Rumah layan aja.
.
.
Khemah siap di pasang, kami makan tengahari dengan makanan yang aku dah masak dari rumah dan juga bekal yang kami beli di pasar pagi tadi. Meriah, masing-masing kekenyangan.
.
.
.
.
.
.
Sebelum masuk aktiviti seterusnya.
.
.
Kami solat dan baca Surah Al-Kahfi dulu.
.
.
Kemudian bermulalah misi berenang dan snorkeling.
.
.
.
Yang takut air ada, yang takut ikan ada. Macam-macam gaya. Yang penting seronok.
.
.
.
Lepas Asr kami sambung lagi aktiviti air.
.
.
Bila air surut, pengurus kem asyik pesan. Hati-hati jangan terpijak landak laut.
.
.
Dapat kat budak-budak ni, sibuk mencari mana landak laut. excited nak tengok apa rupanya.
.
.
Dah confius mana lantak mana gamat.
.
.
.
Dah penat semua, kami duduk sambil menikmati sunset.
.
.
.
.
.
Malam bermula dengan AYAM BBQ bakar dalam kuali dan spagetti tak cukup perasa.
.
Redha je la. Dah nama adat berkhemah.
.
.
Night Walk.
.
.
Aku bawa mereka pusing-pusing pulau dan tengok night life di Pulau.
.
.
Sambil layan acoustic live performance, kami duduk tepi pantai.
.
.
Buat sesi luahan Hati.
.
.
.
Cerita-cerita orang bujang, orang belajar dan orang bekerjaya.
.
.
.
Dan juga berkongsi kata-kata semangat untuk meneruskan perjuangan masing-masing dan menghadapi cabaran masing-masing.
.
.
Path masing-masing dah berbeza, namun setiap kami jadi sumber inspirasi untuk yang lain.
.
.
Nikmat hidup bersahabat kerana Allah.
.
.
.
Nikmat malam di teruskan dengan tidur dikhemah berhimpit dengan gelak-tawa dan sesekali hujan yang datang menyapa. Alhamdulillah.
.
.
1 September.
.
.
Bangkit pagi, dimulakan dengan Solat Subuh dan bacaan Al-Mathurat.
.
.
Dan hari ini perancangannya, untuk naik ke Bukit Singa.
.
.
Namun perancangan Allah lebih baik untuk kami.
.
.
.
Salah percaturan, tersilap terjun,
.
.
.
Prapppp!
.
.
.
Kuat bunyi tu penyapa telinga.
.
.
Sahabat-sahabat masih diatas.
.
.
Aku betulkan duduk.
.
.
Kaki aku luruskan.
.
.
Kaki kiri okey, tapi kaki kanan dah terkulai.
.
.
.
Allahu.
.
.
Patah ni.
.
.
Aku tengok sahabat-sahabat.
.
.
"siso rasa patah kaki ni...."
.
.
Muka masing-masing pucat.
.
.
" Korang pergi balik kat tapak khemah, mintak tolong dengan siapa-siapa"
.
.
Yang lain turun untuk tolong aku.
.
.
.
Kalau ikut hati, memang cuak tak tau nak kata apa dah.
.
.
Tapi aku tau kalau aku cuak, yang lain lagi lah.
.
.
Aku mintak tolong diorang bukakan kasut.
.
.
Dari stokin tu aku dah tengok bentuk kaki aku yang pelik.
.
.
.
Sama ada dislocated atau fracture.
.
.
Tapi Alhamdulillah, tiada sebarang luka.
.
.
Sementara tunggu bantuan.
.
.
Aku baring dan rasa bersyukur sangat.
.
.
.
Aku yang kene. Bukan yang lain. Alhamdulillah.
.
.
.
Boat pertama sampai, sahabat-sahabat aku papah untuk letak aku dalam boat.
.
.
Pengurus camping site tu tanya,
" Awak nak balik terus ke? Tapi tak boleh bawak semua sebab boat ni kecil"
.
.
Aku cakap tak apa lah, saya tunggu boat besar dan balik sama-sama dengan yang lain.
.
.
Dari pukul 7.30 pagi
.
Hello ambulance. Kawan saya patah kaki. |
.
Pukul 9.15 pagi baru lah boat lain sampai.
.
.
.
Sementara itu, aku hanya mampu baring di tepi pantai.
.
.
Barang-barang semua yang lain tolong settlekan.
.
.
Ada akak jururawat datang untuk pasang splint, dan bagi ubat tahan sakit.
.
.
.
Yang ada masa tu hanya tuala dan jeans
.
.
.
Selepas di pasang, sakitnya makin ketara.
.
.
Aku mintak sahabat-sahabat aku untuk bukak balik splint tersebut.
.
.
.
Dan pasang splint yang lebih lembut.
.
.
Time nak pasang balik splint tu, Rody terlanggar sikit kaki adoi.. adoi lah nak.
.
.
.
.
.
Sakit tu dah makin terasa.
.
.
.
Sesekali aku mintak mereka picit hujung cari kaki untuk pastikan darah mengalir dengan baik.
.
.
.
Dan di dalam boat untuk balik ke jeti.
.
.
Dengan kelajuan boat, kaki aku memang terhentak-hentak pada boat.
.
.
Dan sakit itu makin ketara.
.
.
Bahu kak iffah kemas aku pegang, seolah-olah untuk melepaskan sakit itu.
.
.
Yang lain tak putus memberi kata semangat dan doa.
.
.
.
SUNSET WITH LOVE |
.
.
.
Rancangan asalnya, aku nak mintak diorang hantar aku ke hospital sendiri.
.
.
Tapi after that boat ride, the pain just unbearable.
.
.
Maka Rhody dan Sya call ambulance.
.
.
Tiba di JETI, ambulance masih belum sampai.
.
.
Akhirnya mereka telefon JPAM
.
.
Yang lain dah turun, tinggal aku kak iffah dan sya di dalam boat.
.
.
Jeti yang penuh dengan manusia.
.
.
Suasana biasa untuk pagi sabtu.
.
.
JPAM sampai, aku diangkat dari dalam boat.
.
.
Sekali aku buka mata, penuh mata yang menatap.
.
.
.
Allahu.
MALU.
SEGAN.
.
.
.
Ikutkan cerita Sya, siap ada dalam crowd tu tertanya-tanya sama ada ; ini kemalangan betul atau sekadar drill JPAM.
.
.
.
Drill pun boleh la kak.
.
.
.
Terus aku di hantar ke HSNZ.
.
.
Adik-adik JPAM ni pulak, tolak aku masuk terus ke RED-ZONE.
.
.
Sampai dalam tu terus kene sergah, kenapa ni? Dia unconscious ke?
.
.
Cepat aku jawab, saya sedar je.
"Boleh bangun?"
"Boleh"
"Hahh pergi letak dia atas wheelchair"
.
.
.
Terpinga-pinga kejap aku.
.
.
Kemudian doctor tu keluar balik,
"Meh saya bandage sikit kaki tu, kurang sikit sakit. Saya bukan marah awak, Tu budak-budak JPAM tak ikut procedure."
.
.
Aku senyum je la.
.
Ye lah. Budak-budak JPAM tu yang tolong hantar aku datang hospital kot.
.
.
Kemudian aku di tolak ke ruang menunggu.
.
.
Adik-adik JPAM pun tinggallah aku di situ.
.
.
Terpinga-pinga buat kali kedua.
.
.
Aku panggil Sya dan mintak dia check ada tak nama aku dekat pendaftaran.
.
.
Sah.
.
Tak ada.
.
Sya tolong daftar kan balik dan tunggu turn di bilik triage.
.
.
Kemudian di beri no giliran untuk pemeriksaan doktor.
.
.
Dapat injection pain-killer satu.
.
.
Dan di x-ray.
.
.
dan Kembali menunggu di hadapan bilik pemeriksaan.
.
.
.
Lamanya menunggu, kesan pain-killer pun hampir hilang.
.
.
.
Dengan Sya aku masuk bilik pemeriksaan.
.
.
Result x-ray
.
.
Fracture atau dislocate?
.
.
Muka Sya cuak sebab dia yang tengok image xray tu dulu.
"Ucu, patah"
.
" Takpe la, memang dah dalam expectation."
.
.
Dalam bilik pemeriksaan ada 4 orang doctors yang tolong analyse x-ray tu.
" Teruk jugak cedera awak ni, patah ada, retak ada, dislocate pun ada"
.
.
"So kita akan buat closed reduction untuk dislocated ankle dulu"
.
.
Aku ditolak ke Yellow zone.
.
.
Time ni, sakit yang paling kemuncak. Doctor nak pegang sikit pun dah tak boleh. Sakit tahap nak jerit pun ada.
.
.
.
Doctor datang untuk jelas kan risk and everything untuk sign consent letter;
time tu suruh la sign apa pun mesti sign. Asalkan hilang sakit.
.
.
Nasib baik lah, umur dah cukup untuk sign consent letter sendiri, tanpa penjaga. hehehe
.
.
.
Tak sempat beberapa saat, doctor masukkan ubat tidur dan pain-killer.
.
.
Otak aku dah khayal kemana-mana.
.
.
.
Telinga dengar je bunyi dalam yellow zone tu. Tapi aku rasa macam floating in the air.
.
.
.
akhir-akhir tu, aku dapat rasa panas je.
Dalam hati: ohh mesti kene simen ni.
Boleh balik la kot lepas sedar ni.
Dalam pukul 3 lebih aku sedar balik.
Kene tolak buat x-ray lagi sekali.
Mulut aku pun gatal la tanya:
" saya ni kene warded ke nanti?"
"mesti la. teruk awak punya patah ni"
.
.
.
Time tu dah macam alamak. Kesian nya dekat sahabat-sahabat aku.
.
.
Dah la seharian dah duduk bertapa dekat kecemasan ni.
.
.
Aku kemudian dihantar naik ke wad tingkat 4.
.
.
Sehelai sepinggang. Telefon pun tak ada.
.
.
Kesian diorang kene cari aku dekat setiap wad.
.
.
Naik tangga pulak tu.
.
.
Sya dengan Rhody yang naik dulu.
.
.
Dengan kaki yang bersimen ni, aku kene la mintak tolong diorang untuk uruskan aku solat.
.
.
Lepas selesai solat.
.
.
Yang lain semua naik dah dan berdiri depan katil.
.
.
Muka kak Ya paling tak boleh tahan. Sedih sangat dia.
.
.
Time ni mama abah aku tak tau lagi condition aku.
.
.
Diorang baru on the way nak balik terengganu dari KL.
.
.
Tarik nafas dalam-dalam, barulah aku call dan bagi tahu. Suara mama sebak dah.
.
.
Aku just cakap, tak ada apa-apa. Sikit je.
.
.
Habis waktu melawat.
.
.
Aku suruh semua balik rumah.
Tapi budak-budak ni punya rasa bersalah sampai tak nak balik rumah aku. Sabar je la.
.
.
Mesyuarat Resolusi |
.
.
Siap buat resolution; Diorang tinggalkan Sya dekat sini untuk jaga aku.
.
.
Ya Allah.
.
.
Terharu.
.
.
So memandangkan plan asal dah lingkup. Aku bagi location untuk dioang pergi makan dan cari kopi.
.
.
.
Dan Alhamdulillah. Esok tu, mama tolong aku untuk hantar diorang naik bas dan sempat singgah makan nasi dagang dan beli keropok lekor.
.
.
Kak ya, Masturah dan keropok Lekor |
With my mama. |
.
.
Sungguh dalam diuji macam ni, nikmat bersahabat tu lagi lah terasa.
.
.
p/s: dalam pada kalut uruskan aku naik ambulance, Andak Masturah pulak hilang beg. Dalam tu ada phone, purse semua. Tapi Alhamdulillah. Allah jaga. Makcik yang tersalah ambik beg tu call balik dan diorang patah balik ke marang untuk dapatkan beg tu. Katanya semua menangis lepas dapat tau jumpa balik dah beg tu.
.
.
.
Ujian betul.
Tapi nikmat
.
Alhamdulillah.
.
Terima kasih untuk semua.
SHA
RODY
KAK HANA'
KAK IFFAH
KAK YA
JIHAH
MAS
p/s: jangan lah serik datang Terengganu.
Comments