saya bodoh je!!

Dalam dunia pendidikan yang penuh cabaran,
Ada yang cakap untung la dapat mengajar sekolah pandai,
kesiannya kene ajar budak high risk.

Pada aku dua-dua pun ada cabaran tersendiri.



ada jugak yang cerita tentang budak pandai dan budak bodoh.

to me,  tiada istilah pandai atau bodoh.

yang membezakan hanya usaha dan InsyaAllah dari usaha itu berbuah rezeki.

jujurnya, aku benci kalau ada yang cakap teacher saya tak cerdik!

 huh!!

tolonglah budak,
kau bukan tak pandai, tapi kau malas,
malas berusaha
malas berfikir
malas berkorban

malas jadi harga sebuah kegagalan

tiada benda dalam dunia ni murah harganya.
apatah lagi Ilmu.

kalau tanpa usaha, takkan kemana
yang terlihat pandai dan berjaya hari ini,
ialah mereka yang telah berusaha
ialah mereka yang telah besusah payah
ialah mereka yang telah bersengkang mata

tiada istilah mahu senang tapi tak mahu berusaha

even kaki kalau tak digerakkan tak melangkah
buku kalau tak dibaca takkan habis
facebook kalau tak di scroll pon tak jadi apa.

so, belajar pun sama.
belajar English, kurang vocab tapi kamus tak pernah buka
belajar Math, tak ingat formula, buku rujukan tak diendah.
belajar apa pon, semua kene usaha.

nak jadi pandai tak susah pon
mudah je kalau berusaha.
titik.  

andai kata dah usaha tapi gagal, jangan kecewa, sebab percayalah rezeki bukan disitu, dan jangan berputus asa. teruskan berusaha sampai berbuah hasilnya.
tapi kalau niat dari awal; buat apa susah payah usaha, nanti gagal jugak.. maka gagallah kamu.
jangan nanti menyesal tak ke sudah.

Doa~usaha~tawakal

Kunci pada doa
Kekuatan pada usaha.
Hikmah pada doa

Harapan sebagai pendidik hanya untuk kalian jadi yang terbaik dan lebih baik pada aku.


Comments

Popular Posts