Begedil oh begedil

Bukan lah rajn sangat nak meng update recipe dalam blog ni. Tapi sebab malas nak taip recipe yang sama banyak-banyak kali. So everytime orang mintak aku just bagi link blog. mudahkan. meringankan kerja.

Begedil ni pun antara benda yang aku bukanlah hantu sangat, tapi my family memang suka. Even time bulan puasa memang akan ada order yang masuk. Sangat la kagum tengok orang makan semangkuk soto boleh letak sampai 4-5 biji begedil.

Reminder: aku tak jual, I cook only on personal request. Plus macam kawan-kawan abah mintak untuk order tu, aku kira ambik duit untuk beli bahan je. upah la seposen dua untuk 3-5 jam buat mende alah ni.

recipe ni kalau buat sikit tak susah pun. tapi renyah kalu buat untuk banyak-banyak.

And minimun biasa sekali godek tak kurang dari 3kg kentang. dapat dekat 150 biji begedil. size dia suka hati besar kecik.

Begedil ni, kalau buat banyak memang untuk stok di frozen kan sekali la.
So kalau tetiba rasa nak makan soto, just tinggal buat kuah je, kluar kan begedil yang frozen tu tadi.

so recipe yang share ni, untuk 1kg kentang. ikut size gentel la, maybe dapat la dalam 35-50 biji. tengok size.



recipe

bahan-bahan

1kg kentang ( dikukus @ rebus)
250g isi ayam dicincang halus(kalau nak guna yang isi ayam frozen pun boleh or daging kalau suka)
1 labu bawang besar( cincang halus, bukan blend ye)
6 ulas bawang putih minced
1 inci halia minced
1 cawan daun sup dipotong halus
1/2 cawan daun bawang di potong halus
3 sudu besar bawang goreng

seasoning.
4 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1-2 sudu besar lada sulah
1 sudu perencah hilal(optional)

p/s: untuk seasoning n, baru anggaran kasar. tambah atau kurangkan mengikut cita rasa masing-masing.

how to cook?

cara dia terlalu lah mudah. first lenyek kentang tu sampai betul hancur. then masuk semua bahan lain dan gaul sebati. Then boleh gentel mengikut size yang digemari.

untuk goreng: biasa guna pan dekat rumah sebab dia leper, letak minyak anggar dia cukup-cukup tenggelam je. tak payah sampai begedl tu berenang dalam tu. celup telur then goreng. 
reminder, time goreng tu terbalikkan sekali je, kalau tak memang hancur la begedil tu. bab menggoreng la leceh sekali. kalu rumah ni, kalau time menggoreng memang guna garfu je. untuk terbalikkan or even utk angkat.


tips: untuk kentang biasa cari yang isi dia warna kuning, kalau guna jenis russet isi dia putih tu. setakat experiment dekat rumah jarang la menjadi begedil nya. dan menggoreng tu guna api sederhana sahaja. p/s: kalau untuk rebus or kukus tu, biasa basuh bersih-bersih kentang tu and masak dengan kulit-kulit dia sekali. dah lepas empuk and nak lenyek tu baru buang kulit dia..


Comments

Popular Posts