Jejak Tanah Samurai PART 4 : A day in Hiroshima

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ   
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful 
 . . .


Kami sampai di Hiroshima, dari cerita makcik baik yang tolong tunjukkan kami kat mana bus merah The City Tour Bus.
.
.
Kami turun pada perhentian yang salah. Terpaksa jalan jauh pulak sambil tercari-cari kat mana letaknya hostel kami.

Jhopper Hiroshima. 
.
Winter siangnya pendek. sampai je di Hostel, kami semua dah kepenatan. 
Hostel ni ada sediakan dapur untuk kegunaan umum. So aku incharge untuk masak dinner. Menu kami malam ni sekadar maggi.
So untuk hari ni Sekadar bertukar negeri dari Osaka ke Hiroshima menaiki Shinkansen.
Dari Osaka Station ke Hiroshima Station sejauh 327 km selama 1 jam 40 minit
.
.
.
Next day, semua semangat nak mulakan hari yang baru. Nak meredah tanah hiroshima ni.
.
Kebetulan area hostel ni pun dah penuh dengan tempat bersejarah. Kiranya pagi ni kami just jalan kaki je.
.


Destinasi pertama adalah Hiroshima Atomic museum.


.
Cerita Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki adalah satu sejarah perang dunia kedua yang aku kira antara yang paling tidak ada peri-kemanusiaan.
.
Dan setiap movie Amerika buktikan bahawa Amerika adalah mangsa keadaan sedangkan mereka mengambil keputusan demi kepentingan diri sendiri.
.
.
Bayaran masuk ke museum sangat murah. Dekat dalam boleh tengok senario kejadian, pelan sejauh mana kawasan yang di bom bertukar jadi padang jarak padang tekukur dalam sekelip mata. Kisah-kisah mangsa yang kebanyakkannya diambil kisah kanak-kanak. Yes, secara psikologi kita lebih cepat tersentuh dengan cerita kanak-kanak berbanding orang dewasa kerana we know how hopeless they are.
.
.
Sempat juga baca beberapa catatan dari pelawat, Yes ramai yang bersimpati. This is something we to take lesson ffrom. Until today the war is still on going because of human greed.
.
Keluar dari museum, kami ke laluan sungai dibelakang museum dan berjalan menuju satu bangunan asal yang tinggalan dari peristiwa iaitu Hiroshima Peace Memorial.


.
Dekat sini kami jumpa seorang pakcik yang bercerita tentang kesan radioactive dari Atomic Bom tersebut. Pak Cik ni berusia 4 bulan dalam kandungan ibunya sewaktu peristiwa tersebut.
.

.
Amerika dan Jepun sama-sama sembunyikan kesan radioactive yang berlaku. Ada banyak gambar yang ditunjukkan. Dan bagaimana treatment masyarakat terhadap mangsa atomic bom ini. Mereka agak di pulau kerana kesan Radioactive yang ada. Walaupun setelah beberapa generasi mereka telah disahkan sembuh. Namun persepsi itu masih ada.
.
.
Di sekitar taman juga boleh lihat beberapa lagi monumen tanda peringatan. The flame of peace and the Bell of peace.
.
.
Memandang zohor sudah hampir, kami balik untuk solat dan lunch di Hostel.
.
On the way balik ke hostel, jumpa satu bakery ni nama dia ROTI. punya la excited. Masuk dalam tapi semua tak pandai nak tanya ingredient . Macam masa dekat kyoto, boleh la tanya sebab ada pekerja yang boleh speaking sikit-sikit. Ni kira takat ambik bau je la.
.
Selepas zohor, kami ambik keputusan untuk naik City Tour Bus.
.
Destinasi akan ikut dekat mana bus tu akan stop.
.
First destination dekat Hiroshima Manga Library.


Aku ni dah la hantu anime dan manga sejak sekolah rendah. Punyalah excited dapat tengok your fav manga dekat tempat asal dia. Majority manga dekat situ in Japanese la, tapi ada satu bilik untuk international reader. So ada jugak la manga in English yang disediakan walaupun agak limited.
.
.
Kami naik balik bus untuk menuju ke Hiroshima Castle. Dari dalam bus, sempat la melayan suasana bandar Hiroshima.


.
.
Sampai dekat Hiroshima castle tu, nasib baik sempat masuk sebab time winter kebanyakan tempat tutup awal.
.
.
Kami naik sampai keatas, melayan menara tinjau sambil-sambil cari line internet free dekat atas tu. dan sempat jugak la posing pakai baju samurai and princess jepun dalam tu for free.


.
.
Keluar tu, sempat la melayan sunset yang lawa depan Hiroshima castle.
.

.
Perjalanan di teruskan ke Miyajima. Miyajima ni pulau. Biasanya orang ke sini waktu untuk layan sunset dan dia punya low tide.
.
Muka syok dapat seat depan sekali. Tak tahu rupanya pulau dah sunyi sepi.

Kami ni redah aje, dari Hiroshima station kami naik train untuk ke Miyajima punya Jeti. Tiket Ferry ni di cover sekali dalam JrPass. Sampai dekat pulau, dah sunyi rupanya. kedai pun ada 2-3 biji je yang buka.
.
Tapi sempat juga lain tengok diorang punya rusa liar yang tengah bersantai tu.
.


.
Tapi kami tak lama pun di Miyajima sebab masing-masing dah ambil pengajaran tertinggal last train masa dekat Osaka aritu.
.

.
Rody pun macam dah start demam. So time balik kami nak singgah cari ubat dekat Family Mart. Farah pulak nak repeat sweet potato Family Mart tu.
.
.
Menarik dekat Hiroshima ni sebab dia ada Tram.
.
Dari Hiroshima stesen kami naik tram untuk balik ke hostel.
.
Tram tak cover dalam JrPass.
Time naik tu, punya la pack. Dah la masing-masing tak tau nak bayar kat mana and macam mana.
Kau tengok aku, aku tengok kau je la.
.
Masing-masing dah fikir macam mana kami ni nak keluar pintu yang dekat depan sana.
.
Dan sampai kami punya tram stop, nasib baik la ada sorang mamat Jepun ni nak turun juga.
Dia sumimasen, kami pun sumimasen jugak la sampai ke depan.
Bayar tiket pada conductor. Selamat.
.
.
Sampai je, Rody and Farah masuk family mart.
.
Aku dengan Illeya dekat luar. Pastu aku terpandang la sorang mamat  foreigner ni duduk tanya-tanya dengan orang yang ada dekat situ.
Aku approach dia, and tanya la apa boleh tolongkan. Rupanya dia cari kat mana ada hostel.
Aku cakap la kami stay hostel. Kalau nak tanya boleh la.
.
Mamat ni dengan ada dreadlock, aku tau kalau kat Malaysia mesti fikir banyak kali dulu baru nak tegur. Tapi sejak datang jepun ni, merata-rata orang sudi hulur bantuan untuk kami. Dalam hati doa semoga Allah sentiasa jaga.
.
Rody pulak, dekat family mart tak ada jual ubat demam. Tapi seorang pekerja dia, generously tolong tunjukkan kami dekat mana ada jual ubat. Dia hantar kami dekat satu supermarket siap tolong jadi translator untuk rody beli ubat. Pakai bahasa isyarat pulak tu. Demam tangan letak kepala, buat bunyi selesema dan sakit tekak. Yang kami ni angguk geleng je la.
.
Mamat foreigner tadi rupanya orang Argentina. Nama Sebastian. Budak lagi, baru umur 18 tahun. Kagum aku diorang ni muda-muda lagi dah start travel solo.
Last-last, dengan dia sekali ikut kami pergi supermarket. Tak tahan nya, dia pun sempat shopping makanan sekali. Aku pun beli telur jugak untuk dinner kami malam ni.
.
.
Sampai hostel diorang masuk dan aku tunjuk la dua hostel yang ada dekat situ and ikut dia la nak pilih yang mana.
.
.
Kami masuk bilik rehat-rehat sebelum aku turun balik untuk masak dinner. Sekali time turun tu, mamat argentina tu dah ada dekat situ. Dia pun stay dekat situ jugak.
.
Sambil-sambil memasak, ramah pulak pekerja hostel tu bertegur sapa. Siap bagi salam, mintak add facebook. Layan je la. Ada ruang gathering dekat situ, kalau nak berkenalan dengan backpackers dari negara lain, ramah-ramah kan lah diri bersembang.
.
.
Menu makan malam sup telur, nasi dan kicap.
.
.
Selesai seharian dia Hiroshima.
.

.
Esoknya bakal bergerak ke Akita sebelum sambung perjalanan yang panjang menuju Sapporo.

p/s: Sehari tak puas di Hiroshima. terlalu banyak sejarah yang nak diselami. Paling kagum dengan masyarakat ini adalah, keupayaan mereka untuk bangkit tanpa mengharapkan bantuan. Sehari selepas dibom, mereka yang sihat terus bekerja untuk bangunkan balik bandar yang lumpuh selepas serangan bom atom tersebut. Hingga ke hari ni, sikap yang sama masih dapat dilihat dalam masyarakat jepun especially selepas natural disaster yang menimpa. Terlalu banyak pengajaran dan pedoman yang boleh dipelajari dari masyarakat ini.




Comments

Popular Posts