Jejak Tanah Samurai Part 2
Soalan pertama yang semua orang tanya bila balik dari trip aritu,
Kenapa pilih Jepun?
Kenapa tak pergi Korea macam orang lain.
sampai airport Kansai pukul 8 lebih, keluar cari Jr Office around pukul 10 |
Actually untuk aku personally it's my childhood dream.
Semua orang ada cerita mereka sendiri, dan aku mula kenal dan cinta buku dengan bacaan ringan manga aka comic dari Jepun, kemudian masuk zaman drama Jepun, gila2 la meng download kat torrent. Sebut la tajuk drama apa, mostly tau la. Kemudian masuk pulak zaman Jpop. Arashi, News, Ayumi Hamasaki, semua hafal kat mulut. Masuk pulak dunia memasak dan makanan, recipe ape tak cuba, Bento bagai. Dan bila dah dewasa sikit, (dewasa ke?) Hehehe, mula berjinak dengan bahan bacaan ilmiah. Dan Jepun sentiasa menjadi contoh sebagai bangsa yang maju dan penuh dengan adap sopan dan juara dalam bab kebersihan. Dan even speaker-speaker terkenal sering menyanjung Jepun dalam bicara mereka. Sampai Pengarah Negeri Aku pun suka sangat jadikan Jepun as contoh.
tempat rasmikan jr pass yang pertama. |
Setelah sesat, penat, urus diri. Destinasi pertama adalah Kinki University, dekat je dgn umah yang kami stay. |
Hati mana yang tak curious?
Betul ke?
Hebat sangat ke mereka?
Sampai dipandang tinggi oleh orang Islam itu sendiri. Sedangkan kita tau, sepatutnya sebaik-baik akhlak letaknya pada seorang Muslim. Kerana akhlaknya dipandu oleh Quran dan sunnah.
Perasaan mahu itu sudah lama ada, cuma mungkin usaha sebelum ini belum cukup, dan masih belum rezeki aku. Dan perginya aku ke sana, benar-benar rezeki dari Allah yang mempermudahkan segala urusan.
first Sunset di Tanah itu. |
Comments