Mac and cheese

Ada satu spesis makanan yang biasanya aku masak time terover lapar selepas seharian lupa makan bila tenggelam dalam dunia buku dan malas nak keluar cari bahan.

It is one of my ultimate comfort food.



Sebab ramai mintak resepi, ni saja kakak share.
Macaroni cheese atau short form dia orang panggil mac n cheese.

Mac n cheese yang kakak buat biasa ada dua version. Satu plain version satu lagi yang ada "isi"
So ni kakak share yang version semi plain. 😊😊

Bahan-bahan:
2-3 cawan macaroni
1/2 ketul butter
2 cawan tepung
2 cawan susu (kalau tak ada kakak guna je susu cair)
1-2 cawan air
1 mangkuk cendawan butang
1 cawan cheese (kakak campur cheddar n mozzarella)
Sebijik capsicum potong dadu ( warna apa pon boleh)
Garam, cili flakes, lada sulah/black pepper dan mix herb untuk seasoning.

Cara-cara
Rebus macaroni macam rebus spaghetti tu, jgn lupa ltk garam dan minyak. Cuma jangan terlalu lembik sebab akan masak lagi sekali. Mat salleh kata Al dante la. 😉

Ambik periuk lagi satu, cairkan butter dengan api perlahan. Dah cair tu masukkan tepung dan gaul sampai rata dan tepung tu masak sikit, baru masuk susu sedikit demi sedikit, yang pasti tangan tu kene gigih mengacau. 

Kemudian kakak masuk air sikit dulu then letak cendawan capsicum dan cheese. Pekat sangat kakak akan tambah air lagi, banyak mane tu tgk pada macaroni. Agak-agak bila gaul macaroni tu dia akan jadi mcm mee goreng yang basah sikit2 tu. 😇( maaf x tau nak compare dengan ape.)
Then season ikut cita rasa. Cili flakes tu kakak suka lebih sikit. Buat hilang muak dan mulut melayu jadi yang tetap suka pedas.

Masukkan macaroni then gaul atas api sekejap. Selepas tu tuang macaroni dalam bekas casserole atau bekas yang sesuai untuk masuk oven. Nak bakar tu biasa kakak tabur sikit lagi cheese kat atas tu, aritu ada lebih parmesan cheese dalam peti, akak guna la, tak ada pun tak apa, cheddar or mozzarella pun okay jugak.

Then bakar dalam 20-25 minute, suhu dalam 250- 300 la kot. Depends pada oven jugak. Kakak biasa dalam microwave tu je. Guna function micro- convection.


Selamat mencuba dan menggemukkan didi. 😈😈

Comments

Popular Posts