Re-Catatan Penyesalan

Satu sharing yang pernah aku kongsikan dengan adik-adik usrah ku 2 tahun lepas, dan lepas terbaca balik semalam buatkan hati aku tersentap kembali. Sesungguhnya Ilmu tanpa Amal adalah sia-sia, dan aku sedar ini adalah peringatan yang Allah hadirkan untuk aku.

saat aku menulis catatan ini adalah selepas aku selesai membaca Before You Regret By Harun Yahya. dan aku masih lagi mengulang baca hingga sekarang.  Kerana aku manusia dan manusia itu sentiasa lalai dan sentiasa perlukan peringatan.

before you regret by harun Yahya. He is one of my all times favourite writer.
the ayat that I mean to share today is Surah Yunus; verse 12. 
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami Kami (dalam segala keadaan), sama ada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.

setiap kali ulang baca ayat ni, buat hati akak rasa sangat takut, betapa selama hari ini, kite sering kembali mengingati dan kembali pada DIA, saat kita susah, saat kita mencari sebuah jawapan dan juga saat dalam medan perjuangan yang getir. dalam erti kata lain, saat susah barulah kita merangkak kembali pada DIA.

Dalam buku ini membicarakan, manusia akan melalui 4 fasa penyesalan dalam hayatnya. 
  1. penyesalan dia dunia.
  2. penyesalan di saat kematian
  3. penyesalan pd hari pengadilan
  4. penyesalan di neraka.
kita selalu ada perbualan kecil dalam minda kita, " kalaulah aku.." kita sering berkalau kerana kita ada rasa menyesal kerana tidak berbuat lebih baik saat kita diberi peluang dan ruang. Pada satu sudut pandangan, rasa menyesal yang ALLAH hadirkan pada kita adalah tanda betapa kasihnya dia pada kita sebagai hamba.

Sebagai contoh, untuk hadir ke apa-apa temuduga atau dalam fatrah exam, kita tingkatkan level taklifat-taklifat harian kita, kerana kita yakin dengan janji ALLAH, DIA akan membantu kita saat kita kesusahan, dan dalam sedar atau tidak sedar, kita buat pelbagai janji pada DIA, untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik, taat dan sebagainya. however, selesai saja fatrah itu, kita kembali to our old self. Sama-sama kita teliti ayat surah yunus;12 diatas. semoga kita menjadi hamba yang dilahirkan rasa menyesal didunia, dan berubah untuk menjadi lebih baik lepas itu.  supaya kita tidak menyesal di peringkat yang seterusnya. 

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. ( al-israa':25)

to my dear sisters: before you regret, LET us use our times wisely, appreciate our sahabat, teruskan perjuangan anda kerana ALLAH dan cinta kita kepada Rasulullah. 

dari hamba ALLAH yg ingin berkongsi, ampun atas segala kekurangan.
11.47pm 21/5/2013/bandar baru bangi. Rhapsodysufi

Nota tambahan dari talk by Mufti Menk dalam siri Pearl of Peace.

Kita ni bila nak minta sesuatu dari ALLAH, macam-macam kita janji. Contoh Ya Allah aku akan puasa sunat 2 hari kalau kau bantu aku lulus periksa. Ya Allah nanti aku akan solat penuh lepas dapat kerja ni. Astargfirullah. Kita lupa yang kat luar sana ramai lagi manusia yang ibadahnya lebih hebat daripada kita. Ada yang solat tahajud tiap-tiap malam, apalah sangat dibandingkan dengan janji kita untuk puasa dua hari itu pun bersyarat.  

Semoga Madrasah Ramadhan yang kita lalui sekarang mampu membawa kita untuk jadi Hamba yang lebih baik. Hamba yang sibuk mengejar Mardhotillah. 

Ramadhan Kareem






Comments

Popular Posts