Untuk kalian!!


Dalam kesibukan,
penat berperasaan,
rasa tak tertanggung
buat rasa mahu menyalahkan
rasa itu dan rasa ini.



Ya Allah susahnya mahu meletakkan ikhlas di hadapan
husnuzhon 
menyebut memang mudah.
melaksanakan itu payah.

memerlukan hati yang bersih,
Iman yang teguh.
Jiwa yang mahu
hubungan dengan Allah yang membaiki hubungan dengan manusia.

Tuhan betapa hamba-mu ini lemah,
terlalu mengharap pada manusia.
sedang tahu manusia tak punya apa,
tanpa izin dari-Mu
siapalah diri ini dan mereka.
Tanpa-Mu Tuhan.

Lapangkanlah dada kami menerima satu sama lain,
tak mungkin kau dan aku itu sama,
kemampuan kita berbeza.
jangan sekali meletak diri kita di tempat mereka
dan mereka di tempat kita
kerana ia tak mungkin sama.

lapangkanlah, teguhkanlah dan tabahkanlah

semoga Sahabat-sahabatku yang berkhidmat diberi kekuatan,
aku tak mampu beri sebanyak kamu.
namun aku akan terus memcuba
terimalah aku seadanya
aku tahu aku bukanlah yang baik seperti kalian
seadanya aku menyayangi kalian
Demi Allah.
InsyaAllah

p/s: my simple principle, every moments I felt like the world was too crowded, Take my time alone, go to some place where no one know me. Sit, look and think. Book and coffee also help.
still the best therapy are Solat and Quran.Nothing beat that.

Comments

Popular Posts