pagi hening...


Pagi hening tiba lagi
Sujud kesyukuran telah ku selesaikan
Hati ku tenang
Bermelodi zikir bersama sang burung menjadi latarnya
Tumbuhan, alam, dan diri ku bertambah lg usianya
Semalam sudah berlalu pergi.
Apa liku yang akan kulalui hari ini?
Adakah sama seperti semalam?
Apakah lebih teruk dari semalam?
Atau hari ini aku menjadi lebih baik dari semalam.
Aku tersenyum seketika.
Haruman pagi menyapa.
Subhanallah. Nikmat mu sungguh agung.
Alhamdulillah. Aku masih mampu bernafas.
Pagi hening punya seribu rahsia alam.
Udara sejuknya mengalir di seluruh urat nadi ku.
Pemandangan hijau menyapa mataku.
Irama merdu sang burung terus menjadi halwa telingaku.
bersyukurnya aku pada mu tuhan..
Aku masih punya hati yang rindu pada mu.
Pagi hening ini ENGKAU zahirkan keagungan ciptaan mu.
Aku hamba hina, hanya mampu berusaha.
Aku usaha untuk jadi pencinta agung mu.
ALLAH,ALLAH,ALLAH.
Terus jadi kalimat ukiran di hati ku.
Rumah tok, 6.57a.m, 25 May 2009


benda alah ni aku tulis time b4 masuk gombak lagi..lame dh rasenye..sekrang dh pon masuk tahun 2012..  
sempena tahun baru ni mungkin perlukan sedikit suntikan semangat untuk teruskan cabaran hidup.. takut x mau menyusahkan semua orang. aku mahu beri yang terbaik. 

p/s: mama akak tau mama rase berat untuk kakak terima taklifat ni lg. tp kalau akak lepaskn mungkin ada yg lagi terbeban. akak terima ni dgn hati dan akal yang waras, mama doakan akak kuat.

Comments

seha said…
macam pernah bace je sebelum nie. sekejab je mase berlalukan.
rhapsody_sufi said…
dah pernah post..so repost je..mood dtg.. ngeh3

Popular Posts