nuzul quran dan sirah!!!

salam.. 17 ramadhan=nuzul quran n selangor is cuti...
patutnye hari aku boleh study n buat assigment yang tertangguh itu... namun kebuntuan menyerang seh... mmg x leh nak focus langsung... buku lingu tu dah berapa kali bukak tutup ntah..
habuk pun x dapat masuk....

list benda nak kene buat 8 sept 2009
1-discusion IT
2-P BUAT passport
3-presentation METHODOLOGY ELT(maybe coz dah 2 kali cancel)
4-siapkan assigment sosio..
5-study lingu...(9/9/09 aku ada midterm lingu)
6-iftor dengan sahabat2
7-iftar dengan persatuan bdk2 terengganu
8-meeting dengan upline kat bangi..(aku kene borong katak hijau la nampaknye)

sempat ke??? ntah la.. mampus eden.. buntu2...

oklah cite pasal hari ni... dalam buntu2 pun dapat buat perkongsian ilmiah dengan roomate aku
2 orang student comoros island(tak tau eja betul ke salh), aku tgh2 buntu tadi p jengah compartment dia.. dia tgh layan movie THE MASSAGE... tgh2 bulan ramadhan ni sangat menyentuh hati dapat tgk n blaja pasal sirah perjuangan rasulullah... touching bile part kutbah terakhir(kutbah wida') dari rasulullah saw dibaca...

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!

Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

namun hari ni ramai mane yang nk ambik tau pasal sirah perjuangan RASULULLAH saw ni..bile kite hanya ambik sirah ni sebagai part of subjek yg kene blaja bukan part yang kite blaja untuk ambik iktibar... byk gak isu yang kitaorang bincang tadi.. pasal syiah n sunni, pasal sistem khalifah.. n pasal dunia hari ni... masa tgk cite tu dapat lihat yang betapa muslim itu bersaudara.. warna kulit Bilal dan Saidina Ali tu berbeza tapi mereka dah macm saudara. tapi zaman sekarang sentimen kenegaraan sangat kuat.. kat UIA ni mmg ramai student2 foreigner.. bdk2 melayu dengan melayunya, bdk2 arab dengan arabnya.. kenape nilai unity in islam x betul2 di laksanakan???? sape tak tgk lagi movie ni sangat lah rugi...

p/s: ni kene sambung study.. 6ti mama bimbang...sekadar berkongsi.. maaf kalau salah..

Comments

sya mansor said…
kadang2 aku pon lupe psl hal ni. huhu
mg malu x kwn ngn aku cso?
rhapsody_sufi said…
kenapa nak malu pulak.. kalau kawan kite lupe jd tugas kite ingatkan satu same lain...tu lah tugas kawan..

Popular Posts